Connect with us

Artis / Selebriti

” Mantul, meremang dengan duet ni. Terpaling padu dalam sejarah Gegar Vaganza.. ” – Komen Netizen

Video persembahan hebat daripada Liza Aziz dan Kris Dayanti di Konsert Final Gegar Vaganza raih pujian ramai. Fuh 2 diva bergabung, memang gempak betul jadinya. Duet paling padu.. 

Konsert final Gegar Vaganza 11 semalam menampilkan persembahan yang hebat dan saingan yang sengit antara keenam-enam pesertanya. Selain persembahan solo dan battle, persembahan duet bersama artis jemputan yang paling ditunggu-tunggu oleh penonton setia Gegar Vaganza.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Majalah Remaja, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan duet antara peserta top GV11, Liza Aziz dan Kris Dayanti. Sekian lama diva negara jiran Indonesia ini tidak membuat persembahan di Malaysia, kerinduan peminat Kris akhirnya terubat jua.

Gandingan suara Liza dan Kris Dayanti mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton. Liza mempersembahkan nyanyian yang cemerlang begitu juga dengan Kris Dayanti. Lagu ini kedengaran cukup harmoni dan cukup rencahnya apabila dinyanyikan oleh Liza dan pasangan duetnya ini.

Bonda Hetty Koes Endang juga memuji persembahan duet Liza dan Kris Dayanti ini dan menyifatkan ianya persembahan duet yang cukup sempurna. Keseluruhannya kerjasama antara Liza dan Kris Dayanti berhasil dan menghiburkan semua yang menonton.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Liza suara best , Tak terlalu begegar dan padu.. memang dia boleh dapat yang pertama.. Tahniah.. “

” Padu, cukup rasa.. dua-dua suara ok.. awesome kedua-duanya.. power tu buat kita meremang dengar dorang menyanyi.. “

” Muka KD dh xmcm dulu banyak perubahan ,Liza juga yg dulu kini sama je.. dari kecil tengok macam tu je tak berubah.. “

” Mantul, meremang dengan duet ni.. the best.. terpaling padu dalam sejarah Gegar Vaganza.. “

” Gandingan mantap… low note Liza Aziz memang sedap sangat.. padu lah Liza.. she deserves the champion.. “

” She nailed it.. duet terpaling best.. amazing voice, dua-dua saling melengkapi.. tak puas dengar macam sekejap sangat pulak hehe.. “

” The Best.. Liza Aziz dan Kris Dayanti cantik sangat Kris.. love wey cantik sangat sangat.. “

” Pergh… suara kak liza.. Love sangat sangat.. bayang kan usia mcm kak liza still got goosebumps bila dgr … u a winner girl.. “

” 3 kali ulang dengar..3 kali jugak rasa goosebumps..suara dua-dua memang power.. gabungan yang paling meletop.. “

” The best eva.. Alhamdulillah gebrek dari bunda.. Tahniah Liza Aziz.. selayaknya jadi juara.. duet ni paling gempak.. “

Paduan suara yang sangat memukau semua penonton baik di auditorium mahu pun di rumah. Kedua-duanya sama-sama hebat dan mempunyai vokal yang mantap sehingga menghasilkan persembahan yang super gempak. Tahniah Liza dan Kris Dayanti kerana persembahan yang terbaik itu. Semoga selepas ini bakal ada duet Liza dan Kris Dayanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Remaja, IG Media Hiburan, IG Sinar, IG Astro Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT