Artis / Selebriti
” Manis dan cantik, sebijik muka Puan Sri.. ” – Netizen
Gambar Dan Video Sekitar Majlis Pernikahan Anak Puan Sri Normala Samsudin, Dr Ruhila Roslan. Wah Cantik Berseri-Seri Ruhila, Sama Cantik Dengan Ibunya. Menantu PS Normala Pun Kacak. Part Veil Pengantin Tu Memang Rare. Tahniah !!
Meninjau akaun Instagram Puan Sri Normala Samsudin, telah dikongsikan gambar dan video sekitar majlis pernikahan dan resepsi anak perempuannya, Dr Ruhila Roslan. Ruhila yang terdahulu mengikat tali pertunangan bersama Majid Nazli pada Oktober yang lalu kini sudahpun sah sebagai pasangan suami isteri.
Tampil dalam busana kurung moden berwarna putih, keayuan wajah Ruhila nyata terserlah. Mewarisi kecantikan ibunya itu, Ruhila nampak manis dan berseri-seri walaupun hanya dalam solekan nipis. Normala juga ada memuatnaik terdahulu ucapan maafnya pada sahabat handai dan kenalan yang tidak dijemput ke majlis ini.
Hanya dihadiri sanak saudara terdekat, majlis berlangsung dengan sederhana mengikut SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib. Selain Ruhila, Normala juga mempunyai dua orang lagi anak hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Ashraf dan Rubila.
Selain wajah Ruhila yang jelita, ada satu kelainan yang digayakan Ruhila pada busana pengantinnya ini. Ruhila mengenakan veil pengantin yang disulam namanya dalam tulisan jawi. Pasangan sama cantik sama padan ini memang nampak secoc0k sekali bagai pinang dibel4h dua.
Jom baca perkongsian di bawah :
Veil yang dipakaikan oleh Ruhila :
Video sebelum majlis akad nikah berlangsung yang turut dimuatnaik oleh Normala. Alahai senyum sahaja pengantin baru ini, manis seperti ibunya sangat.
Menerusi akaun Instagram Fedtri Yahya juga ada dikongsikan gambar sekitar majlis resepsi Ruhila. Fedtri diamanahkan oleh Normala sebagai pengacara majlis untuk hari bersejarah anaknya ini. Aura Fedtri dan bait-bait ayatnya memang cukup puitis apabila dibaca.
Jom baca perkongsian di bawah :
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Memang cantik sungguh wajah Ruhila ini, bak kata pepatah mana tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi. Air muka yang lembut sama seperti Normala dan antara komen-komen peminat :
” Ni sape yg pengantin.. lawa je mak anak ni.. Seri pengantin dapat sekali dengan mak nya.. cantik dua dua. Ruhila is so beautiful.. “
” Cantik anak beranak ni, tahniah Puan Seri Normala dapat menantu. Cantik sangat pengantin macam ibunya juga jelita menawan.. “
” Menawan qalbu… Tahniah Kak Noi dapat Ahli Keluarga baru, Semoga Dr Ruhila membina mahligai cintanya hingga ke Jannah.. Aamiiiin.. “
” Auwwwww soo soo pretty. Alhamdulillah semoga dipermudahkan . Cantik keduanya… didoakan agar perkahwinan bahagia hingga ke jannah.. aamiin.. “
” Manis dan cantik, sebijik muka Puan Seri. Manisnya pengantin, congrats puan sri n fmly.. Selamat pengantin baru ruhila. Semoga berbahagia selalu.. “
” So beautiful macam kembar. Tahniah Puan Seri, selamat pengantin baru Dr Ruhila. Both cantik sangat, Cap Ibu dan ank. Sama sama cantik. Tahniah.. Dapat menantu baru.. “
” Alhamdulilah Tahniah DS.. sama cantik mcm maknya, macam kembar. Selamat pengantin baru Ruhila, semoga kekal bahagia jodohnya ke jannah. U are so amazing Doc.. “
Kini Ruhila ada kehidupan baru untuk dilalui bersama suami tercinta. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat pengantin baru untuk Dr Ruhila dan semoga ikatan perkahwinan ini dikurniakan Allah kebahagiaan yang berkekalan dan berpanjangan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Normala Samsudin, IG Ahmad Fedtri Yahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sampai tak terkata dah husband tu. Kalau aku, memang gelak dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Malam ni korang eksklusif, macam mana Dato’ Khairul dapat Dato’. Haa, itu lah cerita dia.. ” – Suami Ina Naim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen