Artis / Selebriti
” Mama kecek bahasa tu diore tahu dah ore gapo.. ” – Ameera Khan

Video Ibu Ameera Khan, Datin Noor Kartini kantoikan siapa teman lelaki Ameera buat ramai terhibur. Wah, sporting betul mama Ameera. Rupanya semua benda Ameera cerita kat Mama. Sampai Mama ajar nak reply mesej macam mana. Part Ameera gelak tu tak boleh blah, haha..
Meninjau ke akaun Tiktok Milahbunga, perkongsian sebuah video yang memaparkan perbualan antara adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan dan ibunya, Datin Noor Kartini telah meraih perhatian ramai. Apa yang dibualkan oleh mereka ialah mengenai teman lelaki Ameera.
Datin Noor Kartini bertanya kepada Ameera, siapakah teman lelaki Ameera sekarang. Datin juga seperti memberi sesuatu hint kepada netizen apabila bercakap dalam bahasa Indonesia. Namun begitu masih belum terjawab sepenuhnya siapakah yang berjaya menambat hati wanita ini kerana semuanya masih dianggap kawan.
Datin Noor Kartini juga sempat memberikan nasihat kepada Ameera dalam mencari pasangan hidup. Menurut Datin Noor Kartini, tidak salah berkawan dengan ramai orang dan dalam masa yang sama kita memilih siapakah yang paling terbaik.
Perbualan kedua anak beranak ini dipenuhi dengan gelak tawa terutamanya gelak tawa Ameera. Wah, gelak besar Ameera apabila mendengar nasihat ibunya. Datin Noor Kartini juga sempat bergurau tentang dirinya ketika memilih pasangan hidup.
Jom tonton video di bawah :
@milahbunga HAHA ! Berdekah dengar Ameera borak 🫣😶🌫️🤣 #fyp #foryou #foryoupage #foryoupageofficiall #ameerakhan #littlemisskhan #sembang #borak #saturday #funny
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Dia ade cakp dia suke lelaki indo sbb sweet.. Paling lama ye dia live…3 jam. Habis live dekat pkul 7 tdi… Siapa yg tau, tau la yg refal hady boyfriend ameera khan.. “
” Kawan, nak kenal takpa laaahh. Jangan bagi perasaan dengan harapan je. Ni dah ayang sayang baby2 nahhh “kita kawan je” .. “
” Mula neelofa copy paste mama betul.. diorang sebang gini pon aku dekah.. Hahahahah i setuju dgn mak dia. Saing kena ramai biar pilih yg terbaik.. “
” My mom have the same advice like Datin.. so valid ye ‘berkawan biar seribu berkasih biar satu.. bestnye bonding cmni..jelesnya.. “
” Im gonna create this bond with my children. pretty sure the bond that i wanted to once, but it’s okay.. mama punya nasihat mcm my mom . so true .. “
” Agree ngan mama ameere. saya pun nasihat kat anak pompuan cam tu juga.. Dia punya gelak sampai ke johor. yaa bukan lelaki jaa bleh pilih yg terbaik.. pmpn juga perlu memilih.. “
” Dia ni sama macam aku apa² semua cerita dengan ibu.. aku siap tanya mau jawap apa ni bu dia tanya macam ni sampaikan ibu aku tau mana 1 yg sebenarnya serius mana satu x.. “
Orang secantik Ameera pastinya tidak sukar untuk mencari pasangan hidup. Pastinya ramai yang berminat untuk berkawan dengan Ameera. Semoga Ameera Khan bertemu jodoh dengan pasangan yang sesuai dan sepadan dengan dirinya. Amin..
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Milah Bunga
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Akhirnya dengar Kias Cinta versi Hadie dan Sallman. Suara tu ada feel dan rasa sayu.. ” – Komen Netizen