Connect with us

Artis / Selebriti

” Mama jangan caras tittle papa ok. Mama nyanyi terus jadi vibe nasyid, best.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Aliff Shukri dan Datin Shahida menyanyi bersama Nadeera Zaini lagu Bukan Lagi Kita raih perhatian ramai. Fuh power suara Datin Shahida. Kalah penyanyi no 1 negara, hehe..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shopdherbsonline dan Rocketfuel, telah dikongsikan video yang memaparkan suasana ketika majlis Iftar Ramadhan Dherbs. Salah seorang artis yang dijemput sebagai artis undangan ke majlis ini adalah naib juara AJL39, Nadeera Zaini.

Nadeera menghiburkan semua jemputan dengan mendendangkan lagu popular yang mengangkat namanya, Bukan Lagi Kita. Menerusi video ini, kelihatan Nadeera turut meminta tetamu untuk sama-sama menyanyi dengannya secara live.

Dato’ Aliff antara yang menjadi tumpuan dan cuba mendendangkan lagu Nadeera ini dengan gayanya yang tersendiri. Terbahak semua ketawa mendengar Dato’ Aliff menyanyi, memang lain daripada yang lain. Datin Shahida juga tidak terlepas dan diminta oleh Nadeera untuk menyanyi.

Suara Datin Shahida sudah diketahui umum lunak dan merdu. Maklumlah Datin Shahida juga sudah lama bergelar artis rakaman. Bersorak semua mendengar suara Datin Shahida. Dato’ Aliff juga teuja dan memberikan tepukan gemuruh untuk isterinya itu. Bila Mama dan Papa Terlajak Laris menyanyi di majlis sebegini, memang memeriahkan susasana. Sporting sungguh bos-bos Dherbs ini, terhibur semua yang berada di situ.

Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :

@shopdherbsonline

Enjoy dgr mama papa nyanyi..Majlis iftar ramadhan. dherbs @papalarisofficial @shahidadherbs2

♬ bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

@rocketfuelent

Replying to @Raheem Tekaan yang betoll!! Tahniah 🤣 @Nadeera @Aliff Syukri Kamarzaman #RFE #RocketfuelEntertainment #Nadeera #BukanLagiKita

♬ original sound – Rocketfuel Entertainment – Rocketfuel Entertainment

Lebih 3000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Seronok tengok dato alif bebetul tepuk tengan ye support isteri nyanyi.. datin penyanyi sebenar. datuk alip tu penyanyi samaran je. haha.. “

” Datin Shahida Penyanyi sebenar.. datin… sedap nya suara… kalah datok cm nii hehe.. so sape yg mewarisi bakat mama, khadijah ikut bapak nyaa.. “

” Datin pun dh geleng kepala tgk dato haha.. salute Dato.. bila Datin nyanyi dia tepuk tangan happy… tapi kan tergamak betul dato’ Alif nyanyi macam tu, sakit perut ketawa.. “

” Datin nyanyi terus jadi vibe nasyid.. best nya suara datin ..nie. power suara dia.. hahhaha suka sgt dato dgr datin nyanyi.. msti dia bangga suara isteri dia sdap.. “

” Mama jangan caras tittle papa ok. Papa tetap penyanyi nombor syatu haha.. menyanyi ke bercakap dato tu eh.. tergamaknya dato nyanyi lagu ni.. “

” Orang suh nyanyi dia pergi ubah lirik siap haha.. sgt menyentuh hati dgr sajak dato ni…. menyusuk di dalam kalbu ku.. “

” Datin pnyanyi no syatu, dato aliff no.2 haha.. dato nyanyi pekak telingaaa.. skali datin nyanyi.. woww suke cara dato support datin.. “

Rosak terus lagu Nadeera apabila Dato’ Aliff yang menyanyi, bertukar semua lirik jadi makin sedih lagunya. Datin Shahida pula tetap tak hilang aura nasyid Solehahnya. Kalau Datin Shahida keluarkan lagu raya, tentu meletop. Hilanglah tittle penyanyi nombor 1 negara Dato’ Aliff, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Shopdhersonline, Tiktok rocketfuelent

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT