Artis / Selebriti
” Mama, betul ke ? Tak lawak lah mama, sekarang kereta pun dah tak muat.. ” – Qadejah
Video telatah Yusoff memberitahu ‘big news’ mengenai ibunya, Datin Shahida kepada kakak dan adiknya, Qadejah serta Raudhah buat ramai terhibur. Lawak betul tengok reaksi Qadejah, murung Qadejah dengar. Berdekah Datin gelak tengok reaksi anak-anak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik Dherbs Terlajak Laris, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida sedang membuat live. Menerusi video itu, turut kelihatan ada bersama Datin Shahida adalah tiga orang anaknya iaitu Qadejah, Yusoff dan Raudhah.
Datin Shahida ada bertanya kepada anak-anaknya, adakah mereka masih mahu adik lagi. Mendengar pertanyaan oleh mama mereka, dengan spontan Qadejah dan Raudhah berkata tidak mahu. Selepas itu, Datin Shahida meminta Yusoff memberitahu sesuatu kepada Qadejah serta Raudhah.
Yusoff memberitahu dia ada ‘big news’ mengenai mama mereka. Kata Yusoff, di dalam perut mama mereka sekarang sudah mempunyai dua baby. Mendengar ‘big news’ itu, Qadejah memberikan reaksi terkejut dan berkata kepada Datin Shahida, berita tersebut tidak kelakar baginya.

Namun begitu, kata Datin Shahida, perkara itu hanyalah sekadar gurauannya kepada Yusoff dan dia tidak pun mengandung. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet dan menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini.
Tonton video di bawah ini :
@kedai_dherbs Yusuf nak adik lagi #shahidadherbs #aliffsyukriterlajaklaris #fyp #viralvideo
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kita paham kalau cess tu sb dia yg menghadap adik2 dia. Yg Raudah tu tak nk kelakar betul kan, padahal bawah dia Lokman sorang je.. “
” Saya faham perasaan cess tu, haha kejap2 mak beranak kejap2 beranak. Tap kali tanya centu la gayanya taknak2, tp bila adik baru keluar yg itu jgkla duk tatang, tau2 ada 6 adik .. “
” Cess sama dgn saya. Kita anak no 2 lepastu anak perempuan sulung. Kita fhm sgt cess, hehehe.. Bab2 tambah adik ni memang naik pening jadinya.. “
” Mana tak nye kalau dpt adik, pasti si kakak or abg y kene jaga.. Kalau adik ngis ke pasti si kakak abg yang kne marah ,trauma la budak tu nk jagakan, hahahaha.. “
” Sbg anak sulung.. Aku pun tak suka adik beradik ramai, haha.. Penat wei asyik nak kena tlg jaga adik pastu nak healing pun susah.. “
” Haha seronok tengok Datin menyakat anak-anak.. Tapi kan macam betul je Datin mengandung.. Sebab hari tu Dato’ ada cakap dekat bonda dah 3 bulan.. “
” Ingat malam tu dato live dgn bonda ckp dh 3 bulan, pecah tembelang lah, kantoiiii nii.. Betul rasanya Datin mengandung.. “
Kesian Yusoff, semangat nak ada adik baru, rupanya-rupanya mama hanya bergurau sahaja. Untuk sekadar info, hasil perkahwinan Datin Shahida dan suaminya, Dato’ Aliff Syukri, pasangan ini telah dikurniakan 6 orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok kedai_dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

