Artis / Selebriti
” Malu lah macam ni. Abang Jamil tak tegur pun mulut kita berbuih.. ” – Elly Mazlein
Video content terbaru Kak Lina Pom Pom dan Que Haidar buat ramai terhibur. Sampai berbuih mulut Kak Lina bercakap tak berhenti. Geram je Que nak tegur Kak Lina, macam-macam gaya dia buat. Last-last tu macam tu je Que bagi, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, perkongsian sebuah video content dari Jakel telah membuatkan ramai terhibur. Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina tampil sebagai jemputan podcast dan ditemuramah oleh Que Haidar selaku hos.
Namun suasana bertukar lucu apabila Elly bercakap banyak sehingga mulutnya berbuih. Semakin banyak bercakap semakin berbuih mulut Elly dibuatnya. Reaksi Que pula nampak seperti geli tetapi ssegan untuk menegur sehinggalah tamat sesi temuramah.
Gandingan Elly Mazlein dan Que Haidar sememangnya tidak asing dengan elemen komedi spontan. Menerusi video ini, jelas kelihatan keserasian mereka, satu yang petah berbicara tanpa henti, satu lagi tenang melayan. Mahu tak kering gusi dibuatnya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Ada sahaja idea lawak yang diketengahkan oleh Elly dan Que dalam kebanyakan video content daripada Jakel Textile ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Elly Mazlein. Antara komen -komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Knp makin lama mkin bertambah.. kite tauuu Kak Lina PomPom tgh menahannnn… kite dh ngekek awai2 dahhhh.. kelakuuu lahhhh.. “
” Kak lina saya perati je airliur basi ke glitter tumpah dari atas katil beralaskan cadar cotton size king 16” yg saya jahit sendiri niiiiii.. “
” Pagi pagi dah buat org terhibur 2 org hamba Allah ni terbaik la . Tahun depan sambung lagi lahh jakel dua makhluk Tuhan ni. Menjadii betholl masuk air diaa.. “
” Tolong eaa… jgn buat camni eaa sepanjang ramadhannn.. boleh kurang pahala sy nnt ea.. kalau buat jugak sy terpaksa blok semua dari jakel.. “
” Baru betul berbuih mulut.. Hahaha glitter tumpah sampai ke tepi mulot tu, Dia sanggup tak bagi air ehhh. Kalau taufufaz lajuhhhhh awak ni betul la.. “
” Pernah jumpa wey org berckp mulut bebuih putih2 kt kiri kanan bibir.. dia xprsan kot ehh.. Bukan setakat mulut je berbuih. Mata pun sama jugak.. “
” HAHAHAHHAHA penat la weh aku tak pernah ek layan iklan jakel sampai habis , tapi tahun ni aku layan sampai habis siap ternanti nanti lagi good investment jakel .. “
Telatah Elly Mazlein yang bersahaja dan reaksi tenang Que Haidar menjadikan kandungan Jakel bukan sekadar iklan, tetapi hiburan yang melekat di ingatan. Ia menceriakan penonton dan membuatkan jenama ini lebih dekat di hati masyarakat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

