Artis / Selebriti
” Makin terserlah suara SS Junior, Sallman memang sebijik ayah dia.. ” – Komen Netizen
Video Hadie Elfardie dan adiknya, Sallman Elkhoyri menyanyi lagu Kias Cinta di Dataran Karnival Stadium Shah Alam raih perhatian warganet. Persembahan penutup terbaik dari duo adik beradik ini. Suara Sallman tu sebijik macam suara arwah Suhaimi Saad, sama betul..
Sejak dari usia kanak-kanak lagi, arwah Suhaimi Saad sudah melatih anak-anak lelakinya, Hadie Elfardie dan Sallman Elkhoyri menyanyi. Banyak lagu yang Suhaimi nyanyikan bersama Hadie dan Sallman. Kini selepas Suhaimi tiada, Hadie dan Sallman meneruskan hasrat Suhaimi untuk mereka berkecimpung dalam bidang seni.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Havoc Events, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Hadie dan Sallman di Havoc Food Festival yang berlangsung di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam. Dua adik beradik ini menjadi artis jemputan untuk menghiburkan pengunjung yang hadir.
Lagu berhantu Suhaimi berjudul Kias Cinta dinyanyikan dengan penuh penghayatan oleh Hadie dan Sallman. Jika versi ayah cukup mendamaikan, versi Sallman dan Hadie juga sedap didengar. Ramai yang memuji suara Sallman saling tak tumpah seperti suara Suhaimi.

Lenggok suara Sallman dan raut wajahnya banyak menyamai ayahnya itu. Terubat kerinduan peminat melihat Sallman menyanyi. Sallman kini lebih berani untuk menyanyi secara terbuka di hadapan orang ramai. Persembahan penutup yang dinanti-nantikan oleh ramai pengunjung semalam.
Jom tonton video di bawah :
@havocevents wahh tadi @_ehmadhadie nyanyi live sorang kalini dia nyanyi dengan siapa ni? HFF LEBIH WANGI DENGAN @perfumeparadisehq ❗Masuk percuma! Jangan lupa ajak sekali keluarga & kawan-kawan❗ ____________ 📌 HFF 76.0 ❌ PERFUME PARADISE 📍 DATARAN KARNIVAL, STADIUM SHAH ALAM 📅 31 DIS 2025 – 4 JAN 2026 🕙 11 PAGI – 12 TENGAH MALAM ____________ havocfoodfestival havocfoodfestival2025 hfflebihwangidenganperfumeparadise MakanLokal fyp
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Penutup konsert dengan lagu keinsafan, terbaik lah Sallman dan Hadie.. Terbaik suara Adi & Salman… Semoga tahun 2026 diberi kan banyak peluang utk bakat mereka.. “
” Wahh ni lah yang kami nak.. Dua dua suara best, suara Sallman macam arwah SS, mantap betul.. goodluck 2026 buat hadie dn salman.. “
” Makin terserlah suara SS Junior, Sallman memang sebijik ayah dia.. sedapnya suara dua-dua, sayu dengar lagu ni.. “
” Sedapnyaa dua beradik niiii. Hadie dan Sallman, best duo, perfect duo.. Fly higher adi & salman.. doa yang baik baik untuk anak arwah SS.. “
” Merdunya suara, tak puas acik dengar.. terbaik brotherhood. dengar suara Sallman memang teringat pada SS.. Salman sebiji macam arwah bapanya dan suaranya.. semoga semua berjaya dunia dan akhirat.. “
” Suara adik beradik ni memang merdu.. sallman dah makin berani ke depan.. suara pun makin jelas nyata macam suara SS.. copy paste sebijik SS.. “
” Sallman macam suara arwah SS, masya Allah. betul lah ina kata, Sallman ni SS junior. sebijik betul suara tu.. pandai penganjur simpan duo ni last sekali. Buat kita ternanti-nanti.. sejuk hati dengar lagu ni untuk start 2026.. “
Duo terbaik dan paduan suara yang harmoni daripada Hadie dan Sallman. Bakat Sallman dan suara emasnya itu menyentuh hati yang mendengar, seperti mendengar Suhaimi yang menyanyi. Semoga tahun 2026 membawa lebih rezeki dan membuka jalan untuk karier seni Sallman dan Hadie.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Havoc Events
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku yang tersembur dengar Que panggil Kepom macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen

