Artis / Selebriti
” Makeup simple,Β tak berinai, baju loose tak ikut shape, serius love sangat. Simple but pretty.. ” – Komen Netizen
Video majlis resepsi Qawiy Aro dan isterinya, Ria Farouk curi perhatian warganet. Cantik sungguh isteri Qawiy ni, simple makeup pun nampak berseri-seri wajahnya. Sama cantik dan sama padan..
Qawiy Aro memaklumkan berita gembira dirinya telah pun sah menjadi suami kepada seorang wanita sekitar pada bulan Mei yang lalu. Pernikahan tersebut diadakan di kota London dan cuma dihadiri oleh ahli keluarga kedu-dua belah pihak. Perkenalan yang singkat, namun sudah tertulis jodoh Qawiy bersama wanita bernama Ria Farouk.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok MKAJ Studio, Ra.ziiaa2k dan Kisah Moment, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana sekitar majlis resepsi Qawiy dan Ria yang telah pun diadakan semalam. Qawiy dan Ria kelihatan begitu segak dan anggun mengenakan busana pengantin mereka.
Sebagaimana yang Qawiy janjikan sebelum ini yang dia akan mengadakan majlis sempena perkahwinannya itu, janji telah pun dikotakan. Majlis yang sederhana dan mengikut tema islamik, ianya tetap meriah dengan sambutan daripada kaum keluarga dan sahabat handai yang hadir.

Wajah cantik Ria menjadi tumpuan ramai dan sememangnya Ria pilihan yang tepat untuk Qawiy. Tanpa solekan yang terlalu tebal pun Ria sudah kelihatan cantik dan menawan. Bahagia Qawiy ada isteri seperti Ria. Wajah yang tenang dan tidak jemu dipandang, pasangan yang bagai pinang dibelah dua.
Jom tonton video di bawah :
@mkajstudio.co Wedding reception Qawiyaro & Ria Faroukπ«Ά Masha Allah Tabarakallahπ€ #photography #pageforyou #fyp #wedding #qawiyaro #weddingphotography #mkajstudio
@ra.ziiaa2k the wedding of qowi and his wife, ria faroq baarakallahπ€²π»
@kisahmoment The Wedding of Qawiy and Ria #weddingtiktok #qawiyaro #weddingcontentcreator #fyp #tiktokmalaysia
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Qawiy dh merealisasikan our islamik wedding.. kalau dia post video cara hidup islamic dgn binj dia aku setuju sbb mmng kena ngan vibes dia.. “
” Masyaallah Tabarakallah Alhamdulillah,,kita tgok pun tersemyum simpul.. semoga berbahagia hingga ke jannah.. cantik wife Qaqiy.. “
” Jodoh kuat ni mukaa ada iras.. semoga rumah tangga yg mereka bina akan sentiasa dirahmati dan dipenuhi dengan cinta dan keberkatan-Nya.. “
” Tak berinai, muka pun tak makeup beria, simple but pretty. cantik sangat isteri Qawiy ni.. cantik semulajadi.. tak jemu la tengok.. “
” Cantik giler wife Qawiy, pandai dia pilih.. tak makeup tebal, baju pun longgar, vibes wife Qawiy ni buat kita rasa nak ulang-ulang tengok gelagat dia tu.. “
” Nak sejam la ulang video ni nak tengok isteri dia masyaAllah.cantik sungguh.. kalau tengok muka dorang lebih kurang, cuma different shades.. sepadan sangat.. “
” Senyum senyum lepastu malu malu tak tahu nak react macam mana. comelll sangat wife qawiy ni.. makeup simple ,Β tak berinai, baju loose tak ikut shape, serius love sngt.. “
Pujian warganet untuk isteri Qawiy memenuhi ruangan komen dan benar kecantikan Ria itu menawan hati warganet yang melihatnya. Apa-apa pun, kami di Berita Kopak mendoakan agar perkahwinan Qawiy ini sentiasa dalam rahmat Allah dan kekal berkekalan dan bahagia sehingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok MKAJ STUDIO, Tiktok ra.ziia2k, Tiktok Kisahmoment
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu bukan main lagi menyakat. Lagi panas si Hadie dengar madah Sallman tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen


