Connect with us

Artis / Selebriti

” Mak dia angkat tangan tu pun aku dah cry. Bagusnya, she doesn’t hesitate ikut je Maryam.. ” – Komen Netizen

Video reaksi ibu Maryam You Narae ketika melihat Maryam membaca doa sebelum makan raih perhatian ramai. Bagusnya Omma, ikut tadah tangan dan dengar Maryam baca doa makan. Tersentuh tengok..

Maryam You Narae cukup popular di kalangan warganet. Telatah Maryam yang masih pelat berbahasa Melayu juga mencuit hati warganet. Maryam kini sudah berhijab sepenuhnya dan penghijrahannya itu meraih perhatian dan pujian daripada orang ramai.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Maryam bersama Ommanya. Ketika itu mereka berdua berada di meja makan dan bersedia untuk menjamu selera. Kelihatan beberapa menu juadah dihidangkan di atas meja.

Maryam yang merakamkan aksi ini tersenyum sahaja sambil memandang ke arah kamera dan memerhatikan gelagat Ommanya itu. Omma pula sebelum makan sempat mengambil gambar makanan yang terhidang. Selesai sahaja Omma mengambil gambar, Omma memegang sudu untuk makan, namun terhenti setelah melihat Maryam.

Maryam menadah tangan untuk berdoa sebelum makan dan Omma secara spontan turut sama menadah tangan dan mendengar Maryam membaca doa. Gelagat Omma itu membuatkan warganet kagum kerana Omma sangat menghormati kepercayaan agama yang dianuti oleh Maryam sekarang.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

@uyounik

In a world full of advice & teguran… Today I learned, actions speak louder. Just now, I doa before makan — Mak paused, put down her spoon… ikut my doa. That moment, I realised… teladan, that’s the real lesson.

♬ original sound – Duriankimchi – Duriankimchi

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Respect dgn maryam, antara muallaf yang belajar agama dan menutup aurat. tahniah kepada suaminya yg mendidik. semoga istiqomah dan ditetapkan hati menjadi lebih baik.. “

” Comel je mak maryam ikut doa skali.. Semoga mak maryam diberikan hidayah satu hari nantii aminnn.. “

” Yes maryam.. zaman nabi SAW, ada yg masuk Islam hanya kerana melihat adab nabi SAW naik/ turun dari unta.. berdakwah tidak semestinya dari lisan saja.. menunjukkan adab yg baik juga dakwah.. “

” Ryzal suami terbaikk.. dia tahu jaga family dia sampaikan wife dia now boleh berhijab.. dulu mcm2 org cakap.. agak2 yg bercakap tu now dah boleh angkat kaki ahh.. “

” Alhamdulillah suke tgk maryam ngan mak maryam.. walau dh berlainan agama tetap bersama2… moga omma akan diberi hidayah dan kembali menemui jalan menuju Allah.. “

” Comel je mak dia .. respect dgn agama anak dia.. secara semula jadinya she teach her mom slowly to be better woman.. inshallah smoga pintu hidayah also terbuka.. “

” Mak dia angkat tangan tu pun aku da cry da. Bagusnyaaa she doesnt hesitate ikut je maryam.. doa semoga omma maryam blh sama2 dgn maryam pgg tgn masuk syurga.. aminnnnn.. “

Ramai yang suka melihat cara Omma Maryam itu dan mendoakan agar Omma Maryam juga suatu hari nanti akan beroleh hidayah dan kembali kepada fitrah seperti Maryam. Apa-apa pun, semoga Omma Maryam sihat selalu dan untuk Maryam terus istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Duriankimchi  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Liana by Aliff Syukri
Sace Lady Compact Powder

Trending

Copyright © Berita Kopak