Artis / Selebriti
” Main dengan Rina, jangan tengok handphone.. ” – Nik You Rina
Video anak Maryam You Narae, Rina melarang bapanya, Nik Muhammad Ryzal bermain handphone buat ramai terhibur. Amboi, selamba je Rina warning Appa, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Duriankimchi, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Maryam You Narae dan Nik Muhammad Ryzal iaitu Rina telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan menerusi CCTV rumah mereka.
Di awal video memaparkan Rina dan Ryzal duduk di sofa di ruang tamu. Rina ketika itu sibuk mengacau Ryzal dengan permainannya. Ryzal pula sedang memegang handphone di tangannya. Rina meminta Ryzal mengikut sebutannya.
Melihatkan Ryzal yang leka melihat handphone, Rina segera meminta bapanya itu menutup handphone dan bermain dengannya. Ryzal menuruti sahaja kehendak Rina dan Rina mengajak masuk ke bilik tidurnya untuk bermain. Paling win, Rina siap meminta pintu bilik ditutup.

Tidak lama selepas itu, sepupu Rina datang dan ia menjadi penyelamat buat Ryzal untuk melarikan diri. Ryzal segera keluar dan Rina nampak gembira sudah mempunyai kawan. Perkongsian ini telah menerima lebih tujuh ribu tanda suka daripada warganet.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji sikap Rina dan juga Ryzal yang melayan sahaja kehendak Rina. Antara komen-komen yang diberikan :
” Faham sgt.. kdg kita bukan main phone tp kerja kita mmg dekat phone mcm reply chat cust,key in detail untuk postage semua by phone.. Kdg rasa bersalah dengan anak tp buat kerja laju2..cpt siap, cepat boleh layan dia main.. “
” Bagus rina. Banyak bahasa dia tahu. Bijak. Masya’Allah. Penyelamat dtg laju bapak dia lari keluar.. Layan kan Aje.. cipta la moment² itu.. “
” Bijak rina ni banyak bahasa tahu…good job rizal & mariam ajar anak… Parents yg bekerja dari rumah yg memang bekerja pegang phone can relate .. “
” Pandai dia siap warning appa dia lagi .. MashaaAllah hebat anak ini pandai macam2 bahasa. Menyala Rynakuuuuu .. “
” Siapa kecil siapa besar ehhh rinaa dia pulak pujok appa main mainan.. Comelnya keletah dia, samaa cute dengan Mama diaaa.. “
” Rina buat appa dia mcm budak jugak. “ adaaa mainannnn” . Yela kalau kids kita ckp ade mainan mesti nak ikuy.. Duduk duduk duduk cepat .. “
” Daddy dah tau dia trap saat anak dia cakap “jangan bukak pintu okay?!” He knows , 1 jam tak kurang.. bijak la rina.. Comel lah Rina. Budak bijak .. “
Selain daripada gelagat Rina, celoteh Rina turut mencuri perhatian. Rina sesekali berbahasa Inggeris, Melayu dan Korea. Wah, memang anak yang bijak lah Rina ni. Semoga Rina membesar menjadi seorang anak yang membanggakan ibubapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

