Artis / Selebriti
” Macam terkejut sekejap Dayang masa Hael pegang dagunya, haha.. ” – Komen Netizen

Video Hael Husaini pegang dagu dan berpimpin tangan dengan Dayang Nurfaizah ketika buat persembahan di Konsert MeleToP TVS curi perhatian ramai. Wah betul-betul sweet ni, bersemut weh..
Semalam telah berlangsungnya Konsert MeleToP TVS di Stadium Tertutup Bandaraya Miri. Konsert ini dihostkan oleh Nabil Ahmad, Sherry Alhadad, Hawa Rizwana bergandingan bersama pengacara TVS, Ghaz Zawawi, Cheryl Toh dan Fattah Bolh . Ramai artis jemputan yang memeriahkan konsert semalam dengan persembahan yang padu antaranya Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Malaysia, MeleToP dan Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hael dan Dayang membuat persembahan mereka. Lagu duet popular mereka berjudul Haram dinyanyikan dengan penuh penghayatan.
Lagu ini juga pernah dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 33 sekitar tahun 2019. Hael dan Dayang sememangnya disebut-sebut sebagai pasangan kekasih sejak dulu lagi. Kemesraan dan keakraban mereka berdua disenangi oleh peminat.
Persembahan yang menarik dan paduan suara yang masih tetap merdu meraih tepukan daripada penonton. Sorakan bergema di seluruh stadium apabila Hael memegang dagu dan berjalan berpimpin tangan bersama Dayang. Tersenyum lebar semua melihat gelagat Hael dan Dayang di atas pentas.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” I’m i one think that ni lah buah hati Hael … sweet sangat weyhhh.. dorg mmg dr dulu lgi kan.. pegang dagu pulakkk.. aku yang blushing.. “
” Ni ke calon isteri Hael yang diperkatakan hehe.. best ni kalau betul betul jadi.. Aamin.. dua dua sangat hebat dan sepadan.. “
” Aku senyum nape weh.. sepadan moga cepatlah jodoh mereka berdua.. klu ada jodoh hael dgn dayang tak ke mana. kami sbg peminat berdoa semoga kalian terus bersama. so sweet couple.. “
” Ehem ehem bersemut skrin. Dari dulu lagi dengar Hael Husaini bercinta dengan Dayang tapi selalu bila wartawan tanya tetap tak dapat jawapan.. Korang berdua ni kan.. “
” There is something going on between them. Body language.. ni kali la huaaa.. kawen cepat Hael dayang.. “
” Entah entah tak lama lagi naik pelamin kot.. Aku rse mmg confirm dorg ni..cpt la kwen.. bau nasi minyak tu.. “
” Apa ni, sweet sangat la Hael.. Ambik lah korang dunia ni.. Hael cair.. Ish geram pulak aku nengoknya.. “
” HaeYang sweet.. Macam terkejut sekejap dayang masa hael pegang dagu nya… hahahaha.. ada lipstick sebenarnya dekat dagu dayang, itu yang Hael tolong sapukan.. “
Bertambah gembira peminat HaeYang melihat aksi sweet Hael dan Dayang ini. Adakah mungkin Dayang insan yang bertakhta di hati Hael, hanya Hael yang tahu. Apa-apa pun, satu persembahan yang memukau dan penuh bertenaga daripada Hael dan Dayang untuk semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Malaysia, IG Media Hiburan, IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ini lah bapak mertua Hadie.. ” – Oddah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Agak curiga, terbahak aku dengar ayat Amayan ni. Nasib baik tak syak wasangka, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Macam dengar SS yang nyanyi, arghh dah aku menangis. Suara Sallman tu sebijik SS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Yang cakap suara saya tak sedap, saya tak patut pun ada dekat TTMM, saya yang patut terkeluar.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lemak weyy suara anak bujang seorang ni. Tone macam Indonesian, gila sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti dia ingat peminat yang jerit-jerit nama dia, tu yang dan-dan buat macho tu.. ” – Datin Alyah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Oddah ajar sampai dia gelek paling lembut aku pernah nampak weyy.. ” – Komen Netizen