Connect with us

Artis / Selebriti

” Macam Nabil dah tau je ending tu kan. Confident betul tu.. ” – Komen Netizen

Video Nabil Ahmad bercerita ramalannya untuk ending drama Andai Tiada Dia raih perhatian warganet. Ish macam yakin je Nabil ni, macam betul je akan jadi macam tu jalan ceritanya. Ni mesti Nabil dah korek rahsia dengan Zahiril dan Ummi, hehe..

Drama Andai Tiada Dia semakin hampir ke episod akhirnya. Berbaki hanya 2 episod sahaja lagi iaitu episod 35 dan esok episod 36, segala teka teki penonton mengenai pengakhiran kisah Suri, Falah dan Haikal akan terjawab. Drama ini sememangnya bermain dengan emosi penonton.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Nabilzira, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Nabil sedang menonton drama itu bagi episod 34 yang bersiaran semalam. Babak ketika Ummi Nazeera menangis sesudah sembahyang dan memohon agar Allah memberikan keajaiban benar-benar menyentuh hati penonton.

Sambil berdiri betul-betul di hadapan TV, Nabil berkongsi ramalannya untuk penamat cerita ini. Kata Nabil, Falah akan meninggal dunia dan Suri akan kembali kepada Haikal. Tambah Nabil lagi, Haikal sudah berubah dan menjadi orang yang baik. Apatah lagi Haikal dan Falah sempat bersalaman sebelum Falah tidak sedarkan diri.

Nabil sendiri penuh penghayatan dan serius melihat babak drama ini. Kata Zira, Nabil begitu yakin itu yang akan terjadi. Dalam mood serius, sempat Nabil berseloroh memberitahu dia mahu solat dan mendoakan agar umur Falah masih panjang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kesian Nabil terkesan betul tengok episod malam ni.. Orang tengah sedih dengar ayat Nabil ‘ Sembahyang lah.. kita doa lah untuk Falah panjang umur ‘. adui haji Nabil.. “

” Nabil akhir dia macam mana cuba cerita senang.. kami tak sakit hati nanti.. Nabil cam tau-tau je ending, ni mesti korek-korek masa zahiril datang set aritu.. “

” “Kita doa la semoga falah panjang umo” haha.. aamiin aamiin hj nabil doakan, kami tolong amin kan.. tak nak falah mati.. “

” Mcm anak akak.. tgk tv pun dia doa. Ya Allah… Selamatkan Ultraman saya Ya Allah… Hahhaah.. doa lah Falah panjang umur.. “

” Ingat anak2 sis jo yang berio layan, sampai g sek bergosip dengan kawan2 pasal cito ni. Ghupo ea pakcik nabil ni pun layan gak haa. Abihlahhh. Mohlah doakan semoga falah panjang umooo.. “

” Hahaha sbjik fikir mcm suami sy .. kita perempuan ni mmg xnk dh suri blik ngn haikal.. Bagilah falah sembuh.. jgn mati… xsuka lah Suri balik kat haikal.. “

” Nabil pun terjebak sama eh dengan Falah. Confident tu kena ada kan Nabil. Tak gitu ketua Falah zahiriladzim.. cerita ni memang penuh emosi la.. “

” Rase nye nabil jarang tgk drama . Bile org tanye sllu dia jwb xtgk .. cte ni dia layan nampaknye mmg impak besar la cte ni. macam nabil dah tau je ending tu kan. confident betul tu.. “

Jika betul jalan cerita yang Nabil katakan itu, pastinya ramai yang akan sedih dan kecewa. Lakonan Ummi, Zahiril dan Hisyam mambawa impak yang besar. Yang bukan kaki drama pun boleh turut terjebak menonton drama penuh emosi ni. Apakah yang akan berlaku pada Suri, Falah dan Haikal, sama-sama kita nantikan episod akhir esok.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nabilzira, IG Bambam Studio

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT