Artis / Selebriti
” Maafkan mummy sayang, I didn’t mean to cry in front of you.. ” – Elisya Sandha

Video Elisya Sandha menangis ketika menyambut ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Bunga Elhaq buat ramai tersentuh. Alahai sebaknya tengok Elisya menangis, Bunga pula tak sihat..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Elisya Sandha, telah dikongsikan video yang memaparkan Elisya dan suaminya, Uzair Haqimy menyambut hari lahir anak sulung mereka iaitu Bunga Elhaq yang ke 3 tahun. Menerusi video itu, kelihatan Elisya dan Uzair bersama-sama meniup belon untuk penyediaan birthday decoration untuk Bunga.
Pada hari lahir Bunga, Bunga sebenarnya tidak sihat. Disebabkan itu Elisya serta Uzair mengambil keputusan untuk meraikan hari lahir Bunga secara sederhana di rumah sahaja. Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet apabila melihat keadaan Bunga yang lesu.
Ramai yang mengatakan Bunga seorang anak yang baik. Walaupun tidak sihat, Bunga tetap kuatkan diri untuk menggembirakan ibu bapanya yang bersungguh-sungguh menyediakan majlis hari lahirnya. Dalam masa yang sama, warganet juga menitipkan doa agar Bunga cepat sembuh.
Selain Elisya, Uzair juga sebelum ini ada berkongsi video yang sama di akaun Instagramnya. Uzair memaklumkan Elisya juga masih dalam proses pemulihan selepas bersalin serta mengalami luka yang bernanah. Sehingga kini, perkongsian oleh Elisya telah menerima lebih 8 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan ramai yang menitipkan kata-kata ucapan selamat hari lahir kepada Bunga. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Sebenarnya effort buat sendiri utk suprise kan ank ni lebih bermaknakan, sambil buat sambil tu air mata kte meleleh sebak ank makin membesar.. “
” Heart felt + comel + how she sayang mommy dia xsihat pun tetap letak kepala pujuk mommy.. Happy birthday Bunga, cepat sihat ya sayang.. “
” Aku tengok smpai habis, tak perasan mata aku dah berair. Happy birthday Bunga, jadi anak yg solehah berjaya dunia akhirat ..Bunga so pretty.. Hug dari jauh Bunga.. “
” MasyaAllah bunga anak yang prihatin dengan perasaan mommy… Anak yang kuat dengan kasih sayang… Sanah helwah ya bunga sayang.. ‘
” Syafakillah Bunga.. Auntie pun nangis.. Fihifzillah nak. Terus sihat & solehah. Bunga penghibur kami. Doakan Auntie pun ada ank cm Bunga. Ank solehah ni.. “
” Bunga she is shown she is kakak already…Very cute moga Cepat sembuh dear Birthdays Girl.. Semoga family kak Elisya sentiasa dalam jagaan Allah SWT.. “
” Happiest birthday Bunga sayang, you are truly loved by many. May Allah bless your beautiful family & May Allah ease everything.. “
Alahai, sebak pula melihat Elisya menangis tu, lebih-lebih lagi ketika mereka tiga beranak saling berpelukan. Happy birthday Bunga, semoga Bunga terus membesar menjadi anak yang baik, penyejuk hati mummy dan daddy. Semoga Bunga juga cepat sihat seperti sediakala.
Silakan SHARE..
Sumber : IG elisyasandhaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral3 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral4 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ini lah bidadari syurga yang Allah janjikan ahli syurga. Istimewanya Nurly di sisi Allah.. ” – Komen Netizen