Artis / Selebriti
” Maaf bukan lagi duda pilihan anda.. ” – Sharnaaz Ahmad
Gambar Sharnaaz Ahmad Bersama Jebat Jayden Dan Seorang Wanita Duduk Di Atas Pelamin Raih Perhatian Ramai. Wah Hashtag Mamu Tu Semacam. Kalau Betul, Tahniah Mamu !!
Tular diperkatakan oleh peminat terutamanya peminat pelakon berstatus duda hangat, Sharnaaz Ahmad tentang hubungannya bersama pelakon cantik, Amelia Christie. Hadir bersama di malam gala Polis Evo3 baru-baru ini, Sharnaaz memberi bayangan hubungan mereka kini serius.
Meninjau entry di akaun Instagram Oh Bulan, telah dikongsikan satu paparan gambar yang memaparkan Sharnaaz bersama anak lelakinya, Jebat Jayden dan seorang wanita di atas pelamin. Mereka bertiga mengenakan busana sedondon berwarna biru muda.
Pada ruangan kapsyen pula, Sharnaaz menulis berbunyi ‘ Maaf bukan lagi duda pilihan anda, syukur ‘. Sharnaaz turut sama meletakkan hashtag ‘ SxAeday ‘ dan ‘ mamu kena gari’ serta ‘ Dalam hati ada taman’ pada penghujung kapsyennya itu.

Sekali pun wajah wanita itu ditutup dengan jambangan bunga, namun dari hint Sharnaaz itu ianya pasti Amelia Christie. Alahai baru semalam mamu kirim bunga orkid dan ucapan sweet, hari ini sudah bertukar status menjadi tunang orang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sayangnya perkongsian tersebut telah pun dipadamkan daripada akaun media sosial Sharnaaz dan Jebat Jayden setelah beberapa minit dimuatnaik. Hanya peminat yang berkesempatan sahaja sempat membaca perkongsian oleh Sharnaaz ini.

Andai kata benar Sharnaaz telah pun selamat bertunang dengan Amelia, ucapan tahniah kami di Berita Kopak ucapkan buat Sharnaaz. Semoga segala perancangan menjadi kenyataan dan Sharnaaz berbahagia selalu menikmati saat bahagia dalam hidupnya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Oh Bulan, IG Sharnaaz Ahmad, IG Amelia Christie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti1 day ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

