Artis / Selebriti
” Ma kalau hilang semua benda ni, Ma tak kisah. Janji Ma tak nak hilang Pa.. ” – Madam Musfirah
Video ucapan dan luahan Madam Musfirah buat suami tersayang, BamRoy buat ramai tersentuh. Alahai, sebaknya dengar dua-dua meluahkan perasaan. Nana Mahazan sampai menangis dengar..
Bermula dengan video content memasak masakan kampung, siapa sangka wanita yang dikenali sebagai Madam Musfirah kini menjadi perhatian dan tular di media sosial. Kisah kehidupannya yang sederhana di kampung bersama suami tersayang, BamRoy telah menarik minat ramai warganet yang gemar melihatnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Zayyan, telah dikongsikan dua video yang memaparkan pasangan ini hadir sebagai tetamu jemputan. Menerusi video pertama, Madam berkongsi mengenai keperibadian BamRoy yang sangat memahami dirinya, meskipun menurut Madam, dahulu suaminya mempunyai sedikit sifat baran.
Menerusi video kedua pula, dipaparkan ucapan penuh emosi yang ditujukan oleh Madam kepada suaminya. Kata Madam, dia sanggup kehilangan apa sahaja yang dimilikinya sekarang, namun dia tidak sanggup kehilangan BamRoy. Madam turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada BamRoy kerana sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan.

Selepas itu, BamRoy turut memberikan ucapan kepada Madam. Kata BamRoy, dia berterima kasih kepada Madam kerana sentiasa memberikan sepenuh kasih sayang kepadanya. Turut kelihatan, penyampai radio Zayyan, Nana Mahazan menitiskan air mata kerana sebak mendengar luahan penuh emosi daripada pasangan ini.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menitipkan kata-kata doa buat pasangan ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Apa nie, aku elok2 gelak tadi sampai sini drama air mata la pulak.. Kita dah la takboleh tgk org nangis2 ni mmg join sekali, rasa sebak pulak.. “
” Apehh tetiba mcm potong bawang lah depan mata aku ni.. Air mta tetiba jatuh kt pipi… Semoga Madam dan Bamroy terus bahagia sampai syurga ya.. “
” Terima kasih Bamroy dan madam ucapan yang menyentuh hati semoga dipermudahkan segala urusan kita semua Aamiin.. “
” Inilah kekayaan yang sebenarnya. Bla seseorang lelaki yg ikhlas menjlnkn tggjwb.. N isteri ikhlas dlm kesederhanaan.. So touching.. Saya… Saya menangissssss… “
” Ya Allah, jagakan pasangan ini, kurniakan sebaik baik zuriat, semoga kebaikan dan akhlak baik mereka menjadi dakwah buat semua org.. “
” Kita ni kalau dpt pasangan yg bertanggungjawab mmg takut kehilangan dia, faham sgt. Itu yg ak fikir lagi2 ak housewife.. “
” Menangis saya dengar ucapan Madam & Bamroy.. Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.. Insyaallah, korang akan bahagia dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah, amin.. “
Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai warganet yang kagum dengan kasih sayang dan kemesraan pasangan ini. Ramai memuji kesetiaan mereka dan berharap agar hubungan Madam Musfirah dan BamRoy akan terus bahagia dan kekal utuh selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber :IG zayan.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lunara ni kalau nak attention, dia akan buat-buat batuk. Dia pandai berlakon.. ” – Intan Najuwa


