Artis / Selebriti
” Lepas ni Abang Azhar bakal rosak seperti biras-birasnya yang lain, haha.. ” – Netizen

Video Syatilla Melvin Dan Adik Beradiknya Menyakat Abang Ipar Baru Mereka Buat Ramai Terhibur. Habis Lah Pengantin Baru Kena Paksa Masuk Live. Malu-Malu Pengantin Masa The Melvin Menyanyi, Sweet Sungguh !!
Semalam berlangsungnya pernikahan kakak sulung kepada usahawan dan pelakon terkenal, Syatilla Melvin iaitu Syafiqa Melvin dengan pilihan hatinya, Azhar Othman. Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, pasangan ini kelihatan sama cantik dana sama padan memakai busana sedondon berwarna putih duduk bersebelahan di pelamin setelah selesai majlis angkat nikah.
Selain itu, turut dikongsikan juga video sekitar majlis upacara menyarung cincin ke jari mempelai dan paling istimewa, kedua-dua orang anak Syafiqa iaitu Zayyan Sufi dan Zahara Sumayya membawa cincin tersebut lalu diberi kepada ibu serta bapa baru mereka.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok milik BonNor Hidayah, telah dimuatnaik video live Syatilla dan adik beradiknya menyanyi lagu selamat pengantin baru kepada abang ipar mereka. Mereka juga meminta Syafiqa dan Azhar duduk bersama ketika video live.
Syafiqa dan Azhar berkongsi sedikit cerita di awal perkenalan mereka. Selain itu, Azhar turut menjawab soalan ada yang bertanya adakah Azhar mempunyai isteri lain selain Syafiqa. Perkongsian video ini telah ditonton lebih 600 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@bonnorhidayah #fiqawinazhar #kaklongkahwin #themelvinslive #adikberadikthemelvin
@bonnorhidayah Replying to @cnvd #syafiqamelvinkahwin #fiqawinazhar
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lepas ni Abang Azhar bakal rosak seperti biras-birasnya yang lain, haha.. Happy betul tengok adik beradik ni dapat abang ipar baru.. “
” Tak boleh blah betul dengan perangai Tilla, hahaha dah macam ketua marhaban lah.. Ajak habis yang lain menyanyi lagu untuk pengantin baru.. “
” Culture shock member hahahahaha dapat adik2 ipar macam ni, hahahaa.. Tilla paling hyper, yang lain ikut belakang join skaki.. “
” Selamat pengantin baru kak long semoga kekal bahagia sehingga ke jannah.. Tumpang happy tengok Kak Long dah ada pasangan hidup.. “
” MasyaAllah.. Muka Azhar nk seakn² kluarga Syila & nk sama juga iras² Sam. Uniknya jodoh dari ALLAH. Subhanallah.. Tahniah pasangan pengantin baru.. “
” Bakal pening la abg iPAQ Tu hahaha.. Kelakar la adik beradik ni. Selamat pengantin baru kak long.. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. “
” Hangpa kalau buat kenduri kawin tak payah pakai kompang dahhh, cukup lah geng hangpa ja hahaha.. Lawak betul aku tengok tau.. “
Alahai sweet sungguh tengok pasangan ini. Semoga ikatan perkahwinan Syafiqa dan Azhar akan kekal bahagia hingga ke syurga. Untuk info, pemilik nama sebenar Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin ini pernah mendirikan rumahtangga bersama ahli politik iaitu Datuk Seri Zainal Abidin Osman. Namun Zainal Abidin telah pergi menemui Ilahi pada tahun 2018.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bonnorhidayah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen