Artis / Selebriti
” Lembutnya Tokti jawab, langsung tak melenting. Kalau kita mesti dah marah, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Dato’ Seri Siti Nurhaliza menjawab soalan sensitif ketika live raih perhatian ramai. Boleh pula ditanya soalan seperti itu. Nasib lah Tokti cool je jawab, siap gelak lagi, haha..
Nama penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang memiliki suara merdu ini memang cukup dikenali ramai. Sudah puluhan tahun berada dalam industri seni tanah air, sehingga ke hari ini DS Siti mempunyai ramai peminat bukan sahaja di dalam negara, malah di luar negara juga.
Selain bergelar seorang penyanyi, DS Siti juga merupakan seorang usahawan kosmetik yang berjaya. Bagi yang mengikuti DS Siti di Tiktok, pasti mengetahui yang DS Siti suka membuat video live mempromosikan produk-produknya dan dalam masa yang sama DS Siti bersembang santai dengan para peminat.
Menerusi akaun TikTok milik SitiNurhalizaFans, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti menerima satu soalan daripada seorang netizen ketika sedang live. Netizen tersebut bertanyakan kepada DS Siti adakah sekarang rambut DS Siti sudah mempunyai uban.

Membaca pertanyaan tersebut, seloroh DS Siti mengapa soalan itu ditanya sambil ketawa. Kata DS Siti, dengan usianya sudah 45 tahun, dirinya sudah mula mempunyai uban dan bagi DS Siti, uban tersebut tidak menjadi masalah langsung baginya.
Tonton video di bawah ini :
@sitinurhalizafantastic Hehehe ❤️ DS @Siti Nurhaliza 🥰 #trendingvideo2024♥️♥️fyp💥 #trendingviralvideo🌹♥️❣️💞💞💞 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #loveyouall💕 #loveyou #sitinurhaliza #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia #live #love #trendingviralvideo💝
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji cara DS Siti menjawab soalan tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lembutnya Tokti jawab, langsung tak melenting. Kalau kita mesti dah marah, haha.. Boleh pula tanya uban.. Dia pun manusia weiii adoila soalan.. “
” Tokti takpernah melatah dengan soalan2 cepu cemas dari dulu lg… Love tokti sangat2.. Humble pula tu.. Terbaikkk lahhh.. “
” Yg tanya tu mesti dia very curious sbb tengok tokti mcm tak tua pun.. Dia mcm stuck umur 30… sejujurnya sy pun curious, huhu.. “
” Saya 30 dan start pn… Ada juga yg lg awal.. Takpela.. Faktor penuaan..Biasalah..Tokti gelak mcm Ariana grande la dlm cite ape Tah tu haha.. “
” Terbaik lah jawapan Tokti.. Siapa-siapa yang dah tumbuh uban tu, suruh je anak cabut kan, mcam saya..”
” Dia siap gelak kot.. Ni kalau tanya dekat artis lain mahu naik angin, hahaha.. Comel betul gaya Dato’ Siti menjawab soalan.. Love youuu Dato’ Siti.. “
” Tokti tak pernah melatah dengan soalan2 cepu cemas dari dulu lagi.. Jawab pun sambil gelak2, santai2.. Terbaik lah Tokti..
Sudah lah cantik dan lemah lembut, langsung tak melenting apabila menerima soalan sensitif seperti itu. Bahkan DS Siti menjawab dengan penuh sopan sambil ketawa. Bak kata para peminat DS Siti, sifat DS Siti seperti ini lah membuatkan mereka sangat menyayanginya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitinurhalizafantastic
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen


