Artis / Selebriti
” Lemaknya suara Merrah, memang tone suara Awie. Suara Umai ada mix Siti Nurhaliza dan Ziana Zain.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Awie, Ahmad Merrah berduet bersama Umairah menyanyikan lagu Senja Nan Merah raih pujian ramai. Fuh sedap betul paduan suara Umai dan Merrah ni. Meremang dengar suara masing-masing part tarik tu..
Ramai di kalangan anak-anak artis senior yang memiliki suara sehebat ibu bapa mereka. Antaranya anak Siti Sairah, Umairah dan anak rocker terkenal negara, Dato’ Awie iaitu Ahmad Merrah. Kedua-duanya dikurniakan oleh Allah anugerah suara yang lunak.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Usserkbmc, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Umairah dan Merrah berduet di satu majlis. Lagu popular dendangan asal Dato’ Awie bersama Ziana Zain berjudul Senja Nan Merah menjadi lagu pilihan mereka berdua.
Umairah memang sudah terkenal dengan kemerduan suaranya dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Merrah pula baru mula berjinak-jinak dengan dunia hiburan dan suaranya mengagumkan orang ramai terutamanya peminat Dato’ Awie kerana tone suara yang sama seperti ayahnya itu.

Mendengar paduan suara Umairah dan Merrah membuatkan ramai mula menyukai duet mereka. Masing-masing ada lenggok dan cara tersendiri. Merrah tidak hanya memiliki suara seakan-akan Dato’ Awie tetapi perwatakannya juga sama seperti Dato’ Awie.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@usserkbmc Dah macam Dato’ Awie dengan Dato Siti Nurhaliza la pulak 🥰 @ahmadmerrahh @umairahofficial_ #fypシ゚ #umairah #merrah #senjananmerah #fypage
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Zaman anak-anak artis pulak berkawan sesama sendiri. masing-masing menuruni bakat dari ibu bapa.. suara merrah memang best, umai pun merdu.. suara tarik masing-masing meremang dengar.. “
” Sy rasa Umai ni dah ada style nyanyian sendiri.. Dah lari dari bunyi n lenggok suara TokTi.. Good Job umai.. Fly high dearie.. “
” Makin naik usia, makin sedap suara Umai.. Merrah pun sebijik suara bapaknya Awie.. sedap dan mantap.. bila berduet macam ni rasa best dengar.. pelapis ni.. “
” Comel je Amad peluk Merrah.. amad bermanja dengan Merrah.. Amad dengan siapa siapa pun dia akan nampak manja.. “
” Weyy suara Umai ada mix Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, masya Allah.. Awie betul lah suara Merrah ni.. sedap duet dorang berdua ni, ngam suara.. “
” Eh eh sama la suara awie.. umai pun sedap nya suara. dua2 best.. terbaik la. Merrah ni suka main-main, comel dia notty macam Awie juga. suka menyakat, suka mengusik.. “
” Lemaknya suara Merrah, memang tone suara Awie.. Merrah nyanyi ada hype.. umai suara mmg dah makin matured dan A.. syok pulak dengar dorang berdua ni berduet. Buat lagu duet lah satu lepas ni, confirm letup.. “
Paduan suara yang hebat daripada Umai dan Merrah. Kedua-duanya ada aura mereka tersendiri dan vokal yang boleh memikat pendengar. Mungkin suatu hari nanti bakal ada lagu duet antara Umai dan Merrah. Tidak mustahil boleh menjadi pasangan duet hebat seperti Dato’ Awie dan Ziana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok usserkbmc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

