Viral
” Lelaki nangis lagi-lagi seorang ayah ni memang aku betul-betul tak dapat tahan. Sakitnya menusuk ke hati.. ” – Komen Netizen

Perkongsian video kakak kepada arwah Wan Nur Suhaila (UPSI) keadaan terkini ayahnya buat ramai sebak. Sedih tengok ayah arwah menangis sambil tengok handphone. Mesti gambar Suhaila yang ditatapnya..
Bukan mudah untuk seorang ayah menerima pemergian anak tersayang, apatah lagi pemergiannya itu secara tiba-tiba. Itu lah yang sedang dilalui oleh salah seorang bapa kepada mangsa tragedi bas terbalik di Gerik, arwah Wan Nur Suhaila iaitu Encik Wan Mohammad.
Bagi yang mengikuti rapat kes ini, pasti ingat ketika satu stesen TV menemuramah Encik Mohammad, air matanya jatuh bercucuran dan mengatakan jantungnya bagaikan luruh ketika mengetahui anaknya terlibat dalam kemalangan ngeri itu. Sebagai seorang ayah, Encik Mohammad cuba menjadi setenang-tenangnya demi keluarga.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok wshawiena iaitu kakak kepada arwah Suhaila, telah dikongsikan satu rakaman CCTV yang memaparkan gelagat ayahnya itu ketika berada di rumah. Hati seorang anak remuk melihat ayah yang sedang menanggung kesedihan selepas pemergian Suhaila.
Kata kakak Suhaila, mereka tahu ayah mereka juga tidak kuat untuk mengharungi masa sukar ini, namun terpaksa menjadi kuat di hadapan anak-anak. Tak tertahan air mata melihat ayah Suhaila termenung dan menangis dalam video perkongsian ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban perasaan.
Jom tonton video di bawah :
@wshawiena Sudah dua minggu lebih arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga. Rasa rindu yang semakin dirasai. Remuk hati ini melihat situasi abah sendirian begini, sebegitu remuknya hati abah kehilangan anak tercinta. Jangan ditanya keadaanya, pasti berjurai air matanya. Saya juga tahu abah pun tidak sekuat kami. Tapi keadaan yang memaksa abah untuk menjadi kuat didepan kami adik beradik. Tiada lagi anak untuk abah tunggu kepulanganya. Tiada lagi anak yang hari hari abah doakan menjadi seorang guru. Sedekahkan Al-Fatihah pada arwah adik tercinta kami Wan Nur Suhaila binti Wan Mohammad.
Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allahu.. Semoga Ayahanda Shawienna Tabah, Kuat & Sabar. Juga semoga roh Wan Nur Suhaila dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama para Syuhada, Aamiin.. “
” Seorang bapa yg melihat anaknya membesar di depan mata.. mendidiknya menjadi seorang anak yg berjaga tlah pergi Selamanya… semoga pakcik sihat².. “
” Part lelaki nangis lagi2 seorang ayah ni memang aku betul2 tak dapat tahan.. sakitnya spt tertusuk dan mencucuk2 . sakit yg hilangnya sangat perlahan. amat sukar melaluinya. tabah ye pakcik. Ya Allah beri lah ketenangan dan hilangkan pilunya ya Allah.. “
” Pakcik nampak kuat pada hari jasad arwah pulang ke rumah. Pakcik senyum kat semua tetamu yg datang. Lepaskanlah pakcik, sedih tengok pakcik mcm ni. Moga Allah berikan kekuatan dan kesabaran buat pakcik, makcik dan seluruh keluarga. Nanti jumpa lagi suhaila kat sana ya.. “
” Ibubapa xkan penah ok klu anak dia pergi dulu.. sy saksi pd kedua2 ibu bapa sy,saat kehilangan abg sulung sy,kehidupan mak ayh sy jdi suram,diorang redha tp kerinduan tu sentiasa ada.. “
” Alfatihah tuk wan nur suhaila bt wan Mohammad. kami x kuat bila tgok keadaan ayh awk begini dik. air Mata kami turut bcucuran. pkcik harus kuat. jaga kesihatan. arwah sudah psti d syurga.. “
” Itulah dia Ayah. Di hadapan orang dia yang nampak paling kuat. Akan tetapi, sebaliknya? Semoga Allah beri kekuatan yang luar biasa buat keluarga ini.. “
Hati seorang ayah sekuat mana pun cuba menahan airmata, rasa rindu yang bertandang pasti akan membuatkan dirinya tewas dengan rindu. Kehilangan anak itu sakit dan hanya masa yang dapat mengubati segala luka di hati ayah Suhaila ini. Semoga ayah Suhaila terus kuat dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok wshawiena
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu dulu buat aku senyum. Hari ini, ayat itulah yang buat aku menangis.. ” – Tunang Nur Ainul Qistina
-
Viral6 days ago
” Rupanya itu petanda dia dah nak pergi. Dia dah rasa tak sedap tapi tak tahu nak bagitahu macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dariya jangan kantoikan abah, part lap tisu kat mulut si abang tu terus pecah gelak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anak saya baru saja menghembuskan nafas terakhir.. ” – Rahmad Mega
-
Viral2 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral3 days ago
” Dia tiba-tiba nak belajar makeup sebab nak nampak cantik masa praktikal nanti. Dan dia ulang ayat tu lagi.. ” – Rakan Arwah Nurly