Artis / Selebriti
” Lawak lah nampak muka Bell dah cuak.. ” – Netizen
Video Isteri Bell Ngasri, Nur Farhana Buat Panggilan Telefon Menyamar Jadi Peminat Fanatik Bell Buat Ramai Terhibur. Haaa Tahu Pun Takut Yer Bell. Siap Tahu Saiz Seluar Dan Kasut, Cuak Habis Bell, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik stesen radio Zayan telah berkongsi video yang memaparkan pelakon Bell Ngasri dijemput ke konti untuk berkongsi kegembiraannya setelah memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH35 baru-baru ini.
Menerusi satu video lain, Bell memberikan ucapan terima kasih kepada isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seni Bell. Namun, tiba-tiba Mawi telah mengatakan ada menerima panggilan daripada seorang peminat Bell yang bernama Sarah.
Sarah telah mengatakan yang dirinya merupakan peminat fanatik Bell sehinggakan dia tahu saiz kasut dan seluar Bell serta mahu bersama dengan Bell hingga ke jannah. Mendengar apa yang dikatakan itu, wajah Bell terus terkejut serta berfikir siapakah gerangan wanita tersebut.

Setelah itu Sarah telah memanggil Bell dengan panggilan ‘Yang’ terus Bell tahu pemilik suara panggilan itu adalah isterinya. Reaksi Bell telah mengundang tawa Mawi, Faizal Ismail dan Anas. Sempat Bell bersoloroh mengatakan nasib baik ‘ending‘ panggilan isterinya setakat itu sahaja.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat reaksi Bell setelah terkena panggilan prank daripada isterinya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lawak lah nampak muka Bell dah cu4k.. Sewel lah, saya pun naik cu4k dengar.. Perempuan mana ni, hahahaha.. Isteri dia lah.. “
” Saya pun terkej0t tadi macam eh tiberrr ada caller perempuan.. Haha tak pelik tiba2 dapat call, dah tu pr4nk pulak, hahaa.. “
” Hahahaah penat ek gelak, lawa lah dengar.. Dan2 nampak jelas itu isteri dia.. Seng4l lah Bell, penat ketawa lah tgk.. “
Selalu nampak wajah Bell kelakar, kali ini terus lain reaksi wajah Bell setelah mendapat panggilan daripada wanita yang tidak dikenali. Tahu pun takut kan Bell, hehe. Apa-apa pun semoga Bell terus maju jaya dalam kerjaya seni dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang,

Untuk sekadar info, selain memenangi trofi Anugerah Bintang Paling Popular, Bell juga berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular pada malam ABPBH-35. Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya merangkul trofi tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zayan.my, bellngasriofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Yosh tanpa muzik ni lagi sedap dan menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

