Artis / Selebriti
” Lawak laa Jayden, suspen cerita Jayden ni. Haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Jebat Jayden Ketika Bercerita Kepada Rosix Omar Mengenai Kucingnya Buat Warganet Terhibur. Amboi Siap Ada Boyfriend Lagi Kucing Tu. Lawak Part Jebat Cakap Padan Muka Tu. Dengan Muka Sekali Berkerut Eh Jebat, Haha !!
Saban hari ada sahaja gelagat anak Sharnaaz Ahmad dan Noornabila, Jebat Jayden yang mencuit hati warganet. Semakin petah bercakap, ada sahaja mulut Jebat bercerita tentang pelbagai perkara. Sahabat baik Noornabila, Rosix Omar kembali membuat video masakan bersama mummy Jebat dan semakin banyak lah video Jebat di posting Rosix.
Pada posting Rosix sebelum ini, Jebat kantoikan mengenai plan bercuti ke Jepun bersama Sharnaaz, Noornabila dan Emelia Christie. Mulut pot pet Jebat sesuai sangat lah dengan Rosix yang banyak bertanya, perkara rahsia pun boleh terbongkar, hehe.
Meninjau entry terbaru Rosix di Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jebat bercerita mengenai kucing peliharaannya. Bukan main lagi Jebat bercerita, kucing oyen Jebat ada kakak dan boyfriend lagi. Adoi anak pelakon ni, penuh perasaan betul bercerita.

Rosix dan mummy Jebat ketawa tak henti-henti mendengar cerita Jebat. Tulis Rosix di kapsyennya siapa faham cerita kucing Jebat sila angkat tangan dan meminta untuk menonton video itu sampai habis. Kata Rosix, seram pun ada cerita kucing Jayden ni.
Jom tonton video di bawah :
Video Jebat ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jebat jayden cuba lukis. Acik takleh imejin haha.. Detailsnya cerita Jayden.. dengar balik… aduhh ketawa hahha.. ”
” Nie cerita lepas dia balik sekolah ke McMana nie rosix.. Dah buat ape pulakkk kucing tu jebat hahah.. ”
”Comel to the fullest.. Tak jadi seram bila rosixomar gelak haha.. lawak laa Jayden, suspen cite Jayden ni haha.. ”
” Aduh baby, lucu lah jebat ni, suka tengok. asal boleh je jebat ni ghisau aku dengar cerita ni jebatttt haha.. ”
” Baby baby haha.. baby punya cerita boleh tersembur ketawa.. Jebat bercerita sebijik macam Ccil Noorintanz.. ”
” Yang fahamnya Rosix gelak je haha.. Shooting ye bukan mating hahaha. Padan muka hahah.. adui jebat jebat terpaling lawak ni.. ”
” Nervous citer baby ni.. kucing oyen tu buat apa hahah.. suara dia dah macam grandma dia la hehe.. ”
Alahai Jebat, sampai ketawa besar mommy dan Rosix mendengar cerita Jebat. Ekpresi muka Jebat pun lawak, baby yang terpaling lucu. Memang penghibur semua lah Jebat ni. Mendengar ketawa Rosix juga membuatkan cerita Jebat menjadi kelakar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rosix Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

