Artis / Selebriti
” Lawa pulak dia dah besar eh, jenis muka Minah Salleh ni.. ” – Netizen
Video Sambutan Ulangtahun Kelahiran Anak Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, Sarima Samheizy Yang Ke 5 Tahun. Makin Besar Makin Cantik Lah Sarima Sekarang. Part Jawapan Sarima Bila Sam Tanya Sarima Nak Kahwin Tak Tu Win. Amboi Sarima, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Shaheizy Sam, telah dikongsikan video yang memaparkan Sam bersama isteri, Syatilla Melvin dan ahli keluarga lain menyambut ulangtahun kelahiran anak kedua mereka iaitu Sarima Samheizy yang ke 5 tahun.
Kedengaran pada awal video itu, suara beramai-ramai menyanyikan lagu happy birthday kepada Sarima. Selepas itu, Sam merakam video ketika Sarima datang kepada dirinya dan Syatilla bertanya kepada Sarima, kecantikan yang ada pada Sarima sebenarnya datang daripada siapa.
Sarima menjawab kecantikannya itu diperolehi daripada papanya dan mendengar apa yang dikatakan oleh Sarima, Sam berdekah ketawa. Selepas acara meniup lilin kek, Sam berkata kepada Sarima, dia perlu makan banyak agar boleh cepat kahwin.

Sam turut bertanya kepada Sarima adakah dia mahu kahwin dan Sarima menganggukkan kepalanya. Perkongsian video hari lahir Sarima ini menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji kecomelan Sarima. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lawa pulak dia dah besar eh, jenis muka Minah Salleh ni.. Happy bithday Sarima, semoga jadi anak yang baik ya untuk papa dan bubu.. “
” Aduhai sebijik muka bapak dia tapi version cantik lah Sarima ni.. Selamat hari lahir Sarima cantik. semoga yang baik2 buat awak ya sayang.. “
” Dagu tu mahal.. Lagi 15tahun Sarima pula heroin hebat mcm ayah dia lah.. Baru 5 tahun pun dah makin cantik budak ni, hehe.. “
” Happy birthday kakak mima..semoga menjadi anak solehah buat bubu & bapak.. Suka tengok muka Mima, manis sangat dia senyum.. “
” Cntk nnt dh besar ni , tirus bentuk muka dia.. kita tengok pun geram je, hehehe.. Dia senyum memamg orang dah boleh tahu dia anak Sam.. “
” Anak bapak sangat ni.. Copy paste pak dia btl.. Ni Sam versi gurl² junior, haha cute la kakak.. HB cpt bsr ye kakak nnt bley kawen, haha.. “
” Dagu mahal..org lain becucuk2 nak buat.. Hb Sarima semoga jdi ank yg soleha sihat selalu dlm lindungqn Allah swt.. “
Alahai saling tak tumpah wajah Sarima seperti Sam, copy and paste sangat. Apa-apa pun di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Sarima. Semoga Sarima terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shaheizy_sam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen



