” Itu atok Mima ke? Mima memang muka atoklah.. ” – Netizen

Perkongsian Gambar Ayah Shaheizy Sam Yang Iras Dengan Wajah Sarima Samheizy. Eh Ingatkan Muka Sam, Rupanya Copy Muka Atoknya. Seiras Sangat Ni !!

Shaheizy Sam antara aktor yang sudah lama bertapak dalam industri lakonan negara. Banyak filem lakonannya yang mencapai kutipan pec4h panggung antaranya Polis Evo. Bahagia bersama isterinya Syatilla Melvin dan dua orang cahayamata, Sam kini juga bergelar seorang usahawan.

Sarima Samheizy adalah anak perempuan Sam dan wajah anak dan ayah ini sering dikatakan sama oleh para peminat. Meninjau akaun Instagram Sarima Samheizy, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan wajah Sarima dan arw4h atoknya, Abdul Samad.

Akaun yang diselia oleh Syatilla ini sehingga kini telahpun diikuti oleh seramai 125 ribu orang followers. Tertulis pada ruangan kapsyen posting ini bertanyakan samada peminat ingin mengetahui atau tidak wajah Sarima sebenarnya mengikut wajah siapa.

Pada paparan gambar kedua, wajah arw4h ayah Sam, Abdul Samad yang lengkap berpakaian uniform dikongsikan. Memang tidak dapat dinafikan, wajah Sarima benar-benar seiras dengan atoknya ini. Dagu tu nampak sama, copy atok lah Sarima.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Perkongsian ini sehingga kini telahpun mendapat hampir 3000 likes daripada peminat. Antara komen-komen mereka :

” Yelah sama sebijik muka ayah Sam, Mima memang macam muka atoklah. Sungguh sungguh sama tak ada beza.. “

” Itu atok Mima ke ? Sama macam Sam, dagu ke depan semua sama. Anak bap4k sungguh ni, sebijik sama.. “

Jika sebelum ini ramai yang menyangka Sarima mewarisi wajah Sam, nampaknya kini mungkin tanggapan peminat berubah. Saling tak tump4h wajah cucu dan atok ini, seperti melihat ayah Sam dalam versi perempuan Sarima ini.

Apa pun, arw4h atok Sarima sudah lama menemui PenciptaNya. Semoga arw4h tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Wajah atok mahupun bapak, Sarima tetap ada kecomelannya tersendiri. Jaga diri Sarima dan ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sarima Samheizy, IG Shaheizy Sam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..