Artis / Selebriti
” Lama tak tengok atoknya. Seronok tengok tok haji datang sekali.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Aliff Syukri berkumpul dan iftar bersama keluarga, kelibat bekas suami bonda Rozita Ibrahim, Abang Haji raih perhatian ramai. Wah lama tak tengok Abang Haji, happy semua anak dan cucu dapat jumpa atok daddy..
Dapat berkumpul beramai-ramai dan berbuka puasa bersama salah satu keinginan ramai orang. Bukan mudah untuk mengumpulkan semua kerana masing-masing ada tugasan hakiki dan jadual yang padat. Ramadhan ini Dato’ Alif Syukri teruja apabila dapat berbuka puasa bersama adik beradik dan ayah tirinya.
Meninjau entry di akaun Instagram Aliff Syukri, Yatie Kmrzmn dan Maryam.nur.imani, telah dikongsikan beberapa buah video dan gambar yang memaparkan mereka sekeluarga berkumpul untuk berbuka puasa bersama-sama. Ianya juga turut disertai oleh mantan suami bonda Rozita, Saiful Anuar atau digelar abang Haji.
Majlis ini dianjurkan di rumah Dato’ Aliff dan pelbagai juadah disediakan untuk semua menjamu selera. Kemesraan dan keakraban yang dipaparkan antara Abang Haji bersama anak-anak dan cucu-cucunya meraih perhatian warganet. Ramai yag tersentuh melihat suasana itu.
Perpisahan yang terjadi antara Abang Haji dan Bonda tidak memudarkan kasih sayang sesama mereka. Semua kelihatan gembira apabila dapat bersama abang Haji. Penampilan adik beradik dan anak-anak Dato’ Aliff dan Yatie yang sopan juga mendapat perhatian ramai.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Lebih 20 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulilah… daddy tak sunyi & sentiasa ada bersama anak2.. in sha allah semuanya baik2 sahaja.. walau daddy dulu muka paling ketat & tegas.. sekarang lebih santai melayani kerenah anak2 & cucu2.. “
” Bertuah atok semua cucu, anak sayang. best atokk everr ehhh.. Masha Allah. Senang nampak kluarga ni bila dh berkumpul.. “
” Seronoknya berkumpul ramai2. Daddy pun ada. Semua syg atok dia.. hehehe atok masih disygi anak dan cucu2.. bgus u yati i suka tgk live u.. “
” Alhamdulillah atok daddy tk sunyi.. sentiasa di kelilingi ank² dn cucu².. semua syg atok daddy. Meriah, Alhamdulillah seronok tgk dpt berkumpul mcm ni.. “
” Alhamdulilah atok daddy berkumpul dgn ank cucu, terbaik.. lain aura atok daddy. suka tenguk darii dulu.. muka ketat tapi baik hati.. “
” Suasana begini yg Kita suka… wlpun jodoh bapa tiri x pjg… hubungan kekeluargaan terjalin erat. Alhamdulillah.. Atok daddy nmpak Happy anak menantu cucus sayanggg. Alhamdulilah.. “
” Lama tak tengok atoknya.. seronok tgk tok haji dtg sekli.. dtg ngn anak2.. Kita plak rindu suara atok daddy menyakat……. happy family.. “
Ukhuwah yang terjalin erat ini menyenangkan hati semua yang menonton video perkongsian Yatie dan Amani. Kasih sayang tidak akan pernah putus dan sampai bila-bila pun akan ada antara abang haji dengan anak-anak dan cucu. Semoga berbahagia selalu untuk seluruh keluarga ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Yatie kmrmzn, IG Maryam.nur.amani, IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen