Artis / Selebriti
” Laju air mata ni turun tengok Matin kucup batu nisan ibu. Rasa tu menusuk ke hati.. ” – Komen Netizen
Video cara anak Shuib Sepahtu, Ariq Matin membersihkan pusara Siti Sarah Raissuddin menyentuh hati warganet. Gigih Matin cuci semua batu sungai tu. Part Matin kucup batu nisan ibu tu sebak sangat..
Pemergian arwah Siti Sarah Raissuddin masih dirasai sehingga ke saat ini. Sudah bertahun-tahun Siti Sarah pergi meninggalkan Shuib dan anak-anak, namun kenangan dan rasa rindu mereka terhadap Siti Sarah tidak pernah putus dan hilang.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Makder, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak ketiga Siti Sarah iaitu Ariq Matin menziarahi pusara ibunya itu. Matin pergi ke sana bersama atoknya, Raissuddin dan neneknya, Makder.
Matin anak yang baik dan paling manja dengan Siti Sarah. Kesempatan menziarahi pusara ibu digunakan oleh Matin untuk membersihkan pusara ibunya itu. Dapat dilihat, Matin mengutip semua batu sungai yang diletakkan di atas pusara Sarah. Matin kemudian mencuci batu sungai itu, satu demi satu sehingga bersih dan tidak berlumut.

Selepas selesai membersihkan pusara, Matin berdiri di bahagian atas batu nisan Sarah dan membacakan doa. Hati warganet tersentuh dan ramai yang menangis ketika melihat Matin mengucup batu nisan ibunya itu. Pastinya Matin sangat merindui ibu.
Jom tonton video di bawah :
@suciuwais Berkesempatan utk membersihkan kubur ibu. Walau tak dapat membersihkan sepenuhnya di sebabkan dah hujan pula. Dtg kemudian lagi utk cuci. Boleh bersihkan sekali dengan kubur nenek pulak lepas ni. Paling rajin yg semua dia nak buat si Ariq Matin. #makder #ariqmatin #uwaisalqarni #sitisarahraissuddin #love
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripaa warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Didikan yang baik daripada Atuk, Odee, Daddy, Ibu dan Mummy serta Nenek. Susah mau jumpa budak begini skrg.. “
” Kenapa buat aku menangis.. kesungguhan dia bersihkan kubur ibu dia buat hati trsentuh sgt. semoga ariq matin menjadi anak yang baik dunia akhirat untuk ibu daddy and mummy.. “
” Aduhaiii . dah 2026 laa wei aku masih lg nangis.. sebak pulak tgok martin nii cium batu nisan ibu dn berdoa.. semoga jadi anak yg solehh ye berjaya dunia akhirat.. “
” Matin ank manja ibu kan, ank soleh ibu.. teruskan buat amalan yg baik didunia klau syg ibu. paling terkesan matin sbb dia paling manja dia ibu dia.. “
” Allah pagi pagi dah nangis ni.. betapa saratnya Rindu dia Kat ibu dia… semoga awak kuat syg… AL Fatihah untuk arwah Siti Sarah Raisuddin semoga Husnul Khatimah Aamiin ya Rabbal Alamin.. “
” Ya Allah, sedih nya tengok Martin.. ank soleh.. dalam dia tersenyum, ada rindu yang berat di hati untuk ibu yang jauh di sana.. “
” Allahu Akbar, laju airmata ni turun bila tengok matin kucup batu nisan ibu tu. rasa tu menusuk ke hati.. Alfatihah untuk arwah siti sarah.. “
Tersentuh hati warganet melihat gelagat Matin itu. Dalam Matin ketawa dan sentiasa menghiburkan orang-orang di sekelilingnya, dalam hati Matin terkandung rasa rindu yang berat untuk ibu tersayang. Semoga Matin menjadi anak soleh selalu sebagaimana yang arwah ibu harapkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Makder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen

