Artis / Selebriti
” Lain macam betul battle karaoke berantai kali ni. Lawak betul masing-masing.. ” – Netizen
Video Karaoke Berantai MeleT0P Menyanyikan Lagu Khayalan Buat Ramai Terhibur. Alahai Ubai, Memang Ke Laut Dalam Terus Ni. Bergabung Pula Dengan Nabil, Berdekah Dibuatnya. Hancur Lagu Weh !!
Rancangan hiburan MeleT0P antara program yang dinanti-nantikan oleh ramai warganet. Saban minggu, ada sahaja berita sensasi dunia hiburan dan artis-artis tersohor yang ditampilkan untuk mengisi slot MeleT0P Minggu ini menampilkan ramai selebriti antaranya Ubai, Dato’ Jalaluddin Hasan, Putera Muhammad, Stacy dan Akim.
Meninjau akaun Tiktok MeleT0P, telah dikongsikan satu video yang memaparkan segment Karaoke Berantai. Kali ini lagu Khayalan menjadi pilihan dan ke semua artis jemputan dan pengacaranya, Nabil Ahmad turut menyumbang suara sehingga ke akhir lagu.
Dato’ Jalal menyanyi dengan gaya orang lama dan ianya mencuit hati. Akim dan Stacy serta Putera Muhammad cemerlang dan menyanyi mengikut tempo mereka tersendiri. Part Ubai menyanyi paling buat ramai terbahak ketawa. Ni semua tempo dia langgar janji menyanyi haha.

Alahai Ubai, bergabung pula dengan Nabil memang kecoh jadinya. Ramai juga yang memuji suara Nabil sedap menyanyi kali ini. Sudah seperti karaoke night with friends seperti komen warganet. Seronok betul masing-masing menyanyi dan sangat sporting.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@mymeletop Lain macam Khayalan kali ni 🤣 #battlemeletop @Ubai Mz @Putera Muhammad @NURULAIN BT EDRUCE @Stacy Anam @Fahimi #akimahmad #karaokeberantai
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nak terkencet aku tengok Ubai menyanyi haha.. Allahu Ubai.. Stress betul Hawa dibuatnya haha.. lawak betul.. ”
” Kihkih Ubai pun melayan jerk masuk air Nabil tu haha.. 1st time dengar Nabil menyanyi sedap.. jarang-jarang terjadi ni hehe.. ”
” 1st time dgr suara Nabil tak sumbang sangat.. Lama betul tak dengar Nabil menuyanyi.. paling suka part Stacy dengan Akim.. ”
” Lain macam betul battle karaoke berantai kali ni. lawak betul masing-masing tunjuk bakat. Yang Ubai paling lawak.. ”
” dato J.. biasa lagu Tom Jones kan. Paling win karaoke kali ni jatuh kepada Nabil dan Ubai.. Shaking lah Shila amzah tengok ni haha.. ”
” Ya ampun Ubai, auto aku lupa siapa penyanyi asal lagu ni haha.. Fahimi nyanyi suara terus jadi bapak bapak eh.. ”
” Okey part Nabil tu ngam sekarang. Satu pencapaian yang terbaik. Bila Nabil masuk je macam karaoke night with friends, semua happy. Suka tengok part Stacy dengan Akim tu.. ”

Yang ke laut dalam ada, yang profesional menyanyi pun ada. Antara battle karaoke berantai MeleT0P yang paling gempak ni. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur melihat gelagat selebriti kesayangan mereka ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Meletop, IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru je nak bahan Dato’, sekali kena balik. Tak boleh simpan rahsia Dato’ Aliff ni, haha.. ” – Komen Netizen



