Artis / Selebriti
” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Bell Ngasri dan adiknya, Baby untuk Festival Mega I Lindung U buat warganet terhibur. Adui Baby, lagu ‘Perkeso’ tu paling tak menahan. Lawak betul, haha..
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak, Bell Ngasri. Aktor bertubuh kecil ini sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air sejak usianya masih kanak-kanak lagi. Sekali pun sudah berpuluh tahun, karier Bell tetap bersinar dan disukai oleh segenap lapisan masyarakat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video terbaru Bell bersama adiknya, Nassuhada Ngasri atau lebih dikenali sebagai Baby. Bagi yang mengikuti Bell, pastinya sering melihat wajah Baby ini. Sebagaimana Bell, Baby juga seorang yang kelakar.
Bell dan Baby bergandingan untuk mempromosikan Festival Mega I Lindung U yang akan berlangsung di Tapak Evoke, Bukit Mertajam Pulau Pinang pada 21 sehingga 23 November ini. Sketsa pendek lakonan Bell dan Baby ini menghiburkan warganet kerana respon random yang Baby berikan.

Baby sememangnya suka menyanyi dan beberapa kali juga Baby menyelitkan nyanyiannya dalam sketsa ini. Raksi wajah Bell pula cukup membuatkan warganet tergelak. Setelah menonton video ini, ramai yang mengakui walaupun Bell lawak tetapi Baby lagi kelakar daripadanya.
Jom tonton video di bawah :
@bellngasriofficial Orang Penang nak jumpa Bell ke baby?? 😃😎 Haaa kalau nak jumpa mailah serbu Festival Mega I LINDUNG U di Tapak Evoke, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 21–23 November (Jumaat- Ahad) ni! Macam2 ada! Yang penting banyak info berguna tentang skim-skim PERKESO yang boleh lindungi diri dan keluarga kita. Bell dan baby akan ada disana Jumaat 21 November tau. Jumpa nanti!!! 😍 @PERKESO #FestivalMegaILINDUNGu #PERKESO #PERKESOPrihatin #LINDUNG
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sorry bell… baby lagi kelakar rupanya.. awal2 aku dah gelak.. Lagu Perkeso – ” Dan bila ESOK… kita kan bertemu kembali ” .. “
” Wehhhh, betul lh.. Pndai kau ye.. Aku punya lh pk apa lagu perkeso ni.. Hantar adik dia baru dia kalah.. haha lawak lah baby.. start baby nyanyi aku dah dekah, haha.. “
” Baby lagi kelakar dari Bell haha.. adik beradik semua kelakar lah.. perkeso, esok apa nya haha.. sakit perut aku gelak.. bell kalah dengan baby je setakat ni haha.. “
” Baru tahu Perkeso ada lagu.. ya rabbi, perkeso bukan esok, lawak betul dua beradik ni.. dan bila esok kita kan bertemu kembali, nak terkencing ketawa.. “
” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh henti ketawa haha.. nyanyi lagi perkeso baby.. Dan bila esok kita ,kita kan bertemu kembali.. feh nasib faham baby ckp apa.. “
” Baby lagi lawak dari bell.. mintak nyanyi terus bagi tu.. sayang apa kabar dengan mu, sempat ko nyanyi kan baby haha.. adik beradik semua kelakar.. “
” Baby lagi huruhara dari Bell.. Bell marah dia buat kering je haha.. Ingatkan abam Bell je yg lawak, rupanya Baby lagi lawak dari abam Bell.. “
Tentu ramai yang terhibur dengan telatah Baby, kalah Bell dengan perangai random Baby itu. Lagu Perkeso yang Baby nyanyikan itu betul-betul menghiburkan hati warganet. Gandingan Bell dan Baby memang tidak mengecewakan. Bagi yang sedang stress, cuba lah menonton gelagat abang dan adik ini, pasti boleh menceriakan hari-hari anda.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

