Artis / Selebriti
” Lagu ni dah jadi versi suami dengan 2 isteri pulak. Sedapnya versi trio ni.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Hael Husaini dan Nadeera Zaini mendendangkan lagu Raya Lain Macam buat ramai terhibur. Wah Tokti punya improvise buat lagu ni jadi bertambah gempak. Dah macam lagu versi madu-madu pulak, haha..
Semalam telah berlangsungnya majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran CTDK Holding milik biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah dengan banyak persembahan daripada rakan artis yang turut hadir ke majlis tersebut.
Selain berduet bersama Bella Astillah dan Amira Othman, para tetamu juga disajikan dengan persembahan daripada DS Siti dan pasangan duet lagu raya popular 2025, Hael Husaini dan Nadeera Zaini. Mereka mendendangkan lagu raya hits mereka berjudul Meriah Lain Macam.
Nyanyian yang berbeza dengan versi asal, paduan suara DS Siti bersama Hael dan Nadeera memukau semua. Apabila 3 suara digandingkan menjadi satu, lagu ini kedengaran seperti lagu antara 2 orang madu berdialog bersama seorang suami. DS Siti pandai improvise lagu sehinggakan ianya kedengaran lebih menarik.
Hael dan Nadeera juga kelihatan begitu enjoy dapat sepentas dengan biduanita negara ini. Lagu yang sudah sedia sedap, ditambahkan sedikit sahaja penambahan daripada DS Siti membuatkan semua berulang kali mendengar nyanyian mereka bertiga. Seronok warganet melihat DS Siti berjoget bersama Hael dan Nadeera.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alamak versi 2 isteri.. Lagu ni dah jadi version suami dua isteri.. apa apa pun.. Sedappnyaa version trio nii.. “
” Bestnya Lawak ek tokti i tak blh lah mcm nie.. Nmpk sebaya je… comel semua.. Power ler.. Ni lagu versi madu 2,berebut suami balik kat umah msg2 haha.. Rupanya lagu ni utk suami yg ada dua isteri.. “
” Ohhhhh patutlah tak ingat esok raya.. haelhusaini kena buat lagu duet ctdk dengan official_nadeera .. taun dpn kasi jadi la lagu raya trio tokti/hael/nad.. “
” Ni versi bini dua ke ni rocketfuelent ? Heheh.. Bukan Raya Lain Macam tapi Keluarga Lain Macam.. Trio power paling best setakat ni.. asal duet dengan tokti auto sedap lagunya.. “
” Ishlaa alunan suara ctdk mendayu2 nohh.. hahahahah.. Besttttttt haelhusaini official_nadeera.. mmg lain macam.. no 2 telefon tu terbhak dengar.. “
” Gabungan trio paling best.. haha macam bermadu pulak.. untung ar Hael.. Aku tggu tau smpi dyorang ni hbis nyanyi . sedap nyaaa .dengar bnyak kali.. “
” Tokti pandai improvise.. lagu ni jadi tambah tinggi.. sedap versi trio ni…. Tokti improvise ,bawak lagu ni to another level. comel syok je dengar.. “
” Trio paling best setakat ni.. sedap berduet dengan dato siti nurhaliza.. best giler.. no 2 telefon.. Allah tokti harmonizing berdua Hael.. “
Lain macam betul lagu ini apabila digabungkan Hael, Nadeera dan DS Siti. Bak komen warganet, trio paling gempak dan sedap setakat ini. DS Siti membuatkan lagu ini kedengaran lain dan bertambah meriah. Semoga tahun depan bakal ada duet antara 3 bintang hebat ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rocketfuelent, Tiktok Rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” First time Dato’ menulis dengan serius. Mesti Bonda nangis baca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Best duet ni, umpama klon suara Siti Nurhaliza dan Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Steady Rina, yang penting tak panik. Bertuah betul, anak bijak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Susah juga saya nak membuka mulut. Penjelasan saya ni dengan niat memurnikan keadaan.. ” – Bonda Rozita Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Suara Kak Lina ngam teruk lagu ni, standing ovation.. ” – Komen Netizen