Artis / Selebriti
” Laa baju raya ke, kebab0m betul. Ingatkan nak pergi ambik anugerah tadi, hehe.. ” – Netizen
Video Anzalna Nasir Menggayakan Baju Rayanya Buat Peminat Teruja. Amboi Bukan Main Melet0p Lagi Baju Raya Anzalna Ni. Anzalna Kata, Suami Dia Tak Sanggup Bawa Pergi Tengok Lembu Korban, Takut Lembu Terkejut Macam Hanif Juga. Lawak Lah Anzalna Ni !!
Anzalna Nasir antara selebriti yang pandai bergaya dan sentiasa tampil dengan busana yang cantik dan mempesonakan. Sekali pun Anzalna sudah berhijab sepenuhnya, ia bukan halangan untuk Anzalna berfesyen dan tetap menjadi tarikan mata yang melihatnya.
Meninjau akaun Instagram Anzalna Nasir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Anzalna menggayakan busana rayanya. Baju ini rekaan Raffiey Nasir sememangnya unik dan menyerlahkan lagi kecantikan dan keanggunan Anzalna.
Busananya berkepok-kepok dan dihiasi dengan sulaman di bahagian tengkuk membuatkan baju ini seperti baju untuk menghadiri majlis anugerah pula. Sekalipun bajunya jenis loose dan tidak mengikut bentuk badan, tetap ia kelihatan menarik dan wow sekali.

Kena pula Anzalna yang memakainya, lagi lah bertambah melet0p jadinya. Kapsyen Anzalna juga mencuit hati warganet yang membacanya. Bukan Anzalna namanya kalau tidak kelakar. Seloroh Anzalna, suaminya tidak mahu membawa Anzalna ke tempat sembel1h kerana tidak mahu lembu terkej0t melihat baju Anzalna. Lawak betul Anzalna ni, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Anzalna ini telahpun meraih lebih 100 komen daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Laaaa baju raya ke kak, saya ingatkan nak pergi ambik anugerah tadi haha.. let0ppp baju raya.. kepok-kepok uols.. ”
” Chanteks la.. lembu tengok terus lembu lega hati sebab lembu ingat ni mesti raya aidilfitri bukan aidiladha.. ”
” Tapi still cantik dan vouge.. lembu kalau nmpak pun tersenyum dia tengah dik0rbankan.. haha. tapi baju kahwin Anzalna lah paling diingati sampai sekarang.. ”
” Caption tak pernah tak kelakar.. Yang penting sis tetap melet0p.. cantiknya lahai. part toleh belakang tu love sangat tengok.. ”
” Amboi macam nak pergi ambik anugerah. Kebab0m betul bajunya, ni memang designer betul-betul buat perangai haha.. ”
” Ingat nak pergi ABPH tadi haha, love teruk ni. Puteri mana lag ni, cantik betuul macam barbie.. ”
” Baju Anzalna, love ter0k.. nak t1ru lah, lawa namateyyyy.. ni nak beraya kat ajl ke anzalnanasir88 hahahhahahahhahahaha * gelak macam anzalna fam*.. ”

Ada juga yang mengatakan kelihatan seperti Barbie. Orangnya sudah jelita, pakai lah baju apa pun, tentu kelihatan cantik. Apa-apa pun, Anzalna suka betul dengan rekaan baju rayanya ini. Selepas ini, tentu ada peminat yang akan men1ru design baju seperti Anzalna ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anzalna Nasir
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sempat dia selit nyanyi time pakai lipstik tu, kelakar lah baby ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Vibes Uwais ni sangat lah exlusive dan mahal.. ” – Komen Netizen


