Connect with us

Artis / Selebriti

” Komposer in the making, cayalah Uwais. Teringat ibunya dengar lagu ni.. ” – Netizen

Video Anak Sulung Arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Alqarni Menyanyi Lagu Ibunya ‘ Sandarkan Pada Kenangan ‘ Raih Perhatian Ramai. Alahai Gaya Uwais Sebiji Macam Ibu Lah, Atuk Raissuddin Pun Tumpang Sekaki Menyanyi Juga !!

Meskipun sudah setahun lebih pemergian penyanyi arw4h Siti Sarah Raissuddin, namun Siti Sarah masih diingati oleh peminat-peminatnya sehinggalah ke hari ini. Perkembangan anak-anak arw4h juga turut menjadi perhatian ramai di media sosial.

Meninjau di akaun Instagram suami Siti Sarah, Shuib Sepahtu telah berkongsi satu video terbaru memaparkan anak sulung mereka, Uwais Alqarni sedang menyanyi. Kelihatan menerusi video itu, Uwais sedang menggunakan aplikasi piano di telefon dan menyanyi lagu arw4h Siti Sarah bertajuk ‘ Sandarkan Pada Kenangan ‘ .

Sesekali kedengaran suara Shuib yang sedang merakam video tersebut menegur Uwais kerana lupa pada lirik lagu itu dan membantu key piano yang harus dimainkan oleh Uwais. Bapa arw4h Siti Sarah, Raissuddin turut menyanyi bersama Uwais.

Tulis Shuib di ruangan kapsyen, anak sulungnya ini sangat berbakat dalam pelbagai bidang seperti bermain golf, pandai bermain piano dan menyanyi. Sehingga kini, video Uwais menyanyi telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memuji bakat Uwais dan menyukai perkongsian video terbaru oleh Shuib ini. Antara komen-komen warganet adalah :

” Komposer in the making, cayalah Uwais.. Dalam ramai2 akan ada yg ambik semua perangai ibu nya, utk kes ni Uwais pemenangnya.. “

” Kebiasaannya anak pertama akan byk dpt bakat dari ibu atau ayah.. Kuah yg biasanya akan tumpah ke nasi. Gifted from Allah. Alhamdulillah.. “

” Bkn soal bkat. Tp tgok cara Uwais ni dia rapat dgn arw4h ibunya. Dia nak arw4h sentiasa hidup dlm dirinya. Sbb dia boleh buat lagu lain kalau dia nak. Aku prcaya arw4h sentiasa dlam doanya.. “

” Walaupun ibu tiada dan ayah dah ada pengganti ibu namun lagu2 ibu tetap jadi siulan dan video2 keluarga guna lagu² arwah ibu.. “

” Teringat ibunya dengaq laguni. Semiga Uwais jadi anak soleh buat areah ibu, ayah and mommy ok.. Gud luck mmg ada bakat nampak dah mcm ibunya.. “

” Atok penyanyi, ibu penyanyi tak mustahil uwais nnt akn ikt jejak jgk.. Comel si atuk pun menyanyi juga dengan cucu.. “

” Uwais cerminan ibu sgt. Sbg fan ibu, auntie terubat rindu bila tgk Uwais tau.. Jadi anak yang soleh ya Uwais untuk ibu di sana.. “

‘Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ , Uwais sememangnya mewarisi bakat ibunya. Bukan sahaja wajah sahaja yang nampak begitu seiras, segalanya-galanya seperti arw4h. Kalau memandang wajah Uwais, pasti membuatkan ramai yang terubat rindu kepada Siti Sarah. Semoga Uwais menjadi anak yang soleh dan abang yang terbaik buat adik-adiknya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT