Artis / Selebriti
” Ko jangan rosakkan sifu tu Sherry, berdekah kita orang tengok ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ M. Nasir dan Sherry Alhadad bermain Do Re Mi Filter Game Challenge buat ramai terhibur. Tak sangka Dato’ M. Nasir pun main game ni. Part Sherry menyakat Dato’ M. Nasir tu kelakar, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik selebriti Sherry Alhadad, telah dikongsikan video yang memaparkan Sherry bersama penyanyi legenda, Dato’ M. Nasir. Menerusi video itu, Sherry mengajak Dato’ M. Nasir bermain Do Re Mi Filter Game Challenge.
Dato’ M. Nasir menyebut perkataan ‘Do’ agar bola pada mainan tersebut berjaya melepasi had yang ditetapkan dan masuk ke lubang. Beberapa kali Dato’ M. Nasir mencuba, namun bola itu tidak masuk ke lubang. Selepas itu, Sherry juga mencuba menyebut perkataan ‘Do’ dan akhirnya bola itu berjaya masuk.
Di ruangan kapsyen, tulis Sherry dengan seloroh mengatakan dia merupakan seorang guru vokal dan sedang praktis menyebut ‘do re mi’ bersama Dato’ M. Nasir. Perkongsian oleh Sherry itu telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan melihat telatah Dato’ M. Nasir bermain permainan itu sangat mencuit hati.

Warganet turut meminta agar Sherry tidak ‘merosakkan’ sifu kesayangan mereka bermain game seperti itu. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Sherry ini menerima ratusan komen dan telah ditonton lebih lima ratus ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@sherry_alhadad Sebelum show practice dulu do re mi , off coz saya lah guru vokal🤣🤣
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur selepas menonton video ni dan pelbgai respon telah diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ko jangan rosakkan sifu tu Sherry, berdekah kita orang tengok ni, haha.. Berani dia tak masuk ye M.Nasir kot yang nyanyi.. “
” Baru tahu Tok Nasir bukan pitch perfect. rosak reputasi Tok Nasir angkara Tiktok.. Terhibur tengok tau, dalam nmpk muka garang2, kelakar rupanya Tok Nasir.. “
” Bila M.Nasir main game ni dia buat mcm class, haha “do tu bukan key”.. Menipu bnda ni… M.Nasir pon tak lepas wehhh, haha.. “
” Legend say sifu masih dengan Do sehingga hari ini.. Excited muka dia weh. Please la Sherry jgn ajar bukan2, hahaa kesian tau.. “
” Weh Sherry, kau buli sifu yer, hahah.. Dato M Nasir sejak join sepahtu reunion ni dia punya random eh.. KIta tengok pun terhibur.. “
” Dato dh level tinggi sngat dh, nk kena turun level, sbb yg main nie utk level bwah2 je.. Dato main fesbuk jela Datooooo, tak payah tiktok2 ni, hahahahaha.. “
” Weyhhh video ni bahaya lalu jam 3 pagi.. Senak tahan gelak tgk comel je Dato’ M Nasir buat challenge ni.. Sherry memang nakal lah.. “
Nampak mudah bermain game tersebut, namun sebenarnya ianya sangat rumit jika kita tidak pandai mengawal suara kita serta tidak semua orang berjaya melepasinya. Apa-apa pun, seronok melihat keakraban Sherry dan Dato’ M. Nasir, sudah seperti anak dan bapa sedang mengisi masa bersama-sama.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sherry_alhadad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

