Artis / Selebriti
” Kito suko abih reng. Olohhh cute sungguh ayat Ali tu, Kelate sangat.. ” – Netizen
Video Gelagat Fatimah Dan Ali Bercerita Tentang Drama Nasi Kerabu Buat Che Abe Mencuit Hati Ramai. Pekat Betul Loghat Kelantannya. Comel Sangat Dengar !!
Telatah si comel Fatimah Omar Mukhlis pernah tular beberapa tahun lalu. Walaupun dilahirkan di United Kingdom, namun kedua ibu bapa Fatimah masih mengekalkan bahasa tradisi mereka iaitu loghat Kelantan. Fatimah ketika itu mendapat perhatian ramai apabila petah bercakap di dalam 3 bahasa.
Mendengar celoteh comelnya itu buat ramai yang terhibur dan ternanti-nanti video baru daripada anak kecil ini. Walaupun sudah beberapa tahun berlalu, Fatimah masih menjadi ikutan ramai. Adiknya Ali juga sudah mula mengikut seperti kakaknya ini.
Mereka yang sering mengikuti perkembangan negara walaupun berada jauh di sana tidak terkecuali dari ‘dem4m’ drama Nasi Kerabu Buat Che Abe. Drama arahan Heykal Hanafiah ini mendapat pujian ramai kerana menampilkan kelainan dan nampak real.

Menerusi akaun Instagram The Family UK, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan gelagat Fatimah dan Ali yang menghiburkan. Bermula daripada memperkenalkan diri, mereka mula bercerita tentang drama ini yang cukup diminati. Dengan loghat Kelantan, ayat si comel ini mengundang tawa peminat.
Jom tonton video di bawah :
(Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Gelagat mereka ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen :
” Suka abih reng.. “
” Kito suko abih reng… Olohhh cute sungguh ayat Ali tu, Kelate sangat.. “
” Hilir sapa sano tu ke. So cute dua bradik nihh.. “
” Suko abih rengg !! Hahaha.. bakpo comey dooh ni.. “
” Comei la Fatimah n Ali.. Fatimah kena la make budu baru pekat sikik kecek klate supo mek Yan tu.. “
” Cute dooh.. Rindu budak comel dua orang ni… “
Wah international betul drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe ni. Sampai ke UK auranya pergI. Dengar Fatimah dan Ali mengulas cerita ni pun cukup terhibur dengan loghat Kelate mereka itu. Apa pun, semoga Fatimah dan Ali sentiasa gembira dan membesar dengan sihat selalu hendaknya. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG The Family UK
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen

