Connect with us

Artis / Selebriti

” Kita tengok BTS pun penat. Effort yang luar biasa, hasil pun jadi marvelous.. ” – Komen Netizen

Dato’ Seri Vida Kongsi Video Di Sebalik Tabir Pembikinan Video Poco Loco Coco Trend Buat Warganet Terhibur. Bukan Biasa-Biasa Effort Dato’ Vida, Patut Lah Hasilnya Gempak !!

Poco Loco Coco Trend antara yang popular di applikasi Tiktok buat masa ini. Ramai yang mencuba membuat video tersebut dengan cara dan gaya yang tersendiri. Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida juga tidak ketinggalan untuk menyertai trend ini.

Bagi yang mengenali usahawan produk Qu Puteh ini, pastinya mengetahui yang DS Vida seorang yang kuat semangat dan selalu bersungguh-sungguh dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya. Tidak hanya sekadar suka-suka, video Poco Loco Coco Trend ini sebagai salah satu cara pemasaran yang dirasakan menarik oleh DS Vida.

Meninjau entry Dato’ Seri Vida di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan video sebalik tabir pembikinan video tersebut. Dari awal sehingga ke akhir, tidak semudah yang disangka sehinggakan DS Vida juga stress kerana kesukaran untuk menghafal step dan lirik dalam masa yang sama.

Usaha DS Vida dan pasukannya menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Ramai yang terhibur melihat video oleh DS Vida ini. Warganet juga menyifatkan video DS Vida ini yang paling menarik berbanding video yang dihasilkan oleh selebriti lain.

Jom tonton video di bawah :

@datoserividaofficial

Disebalik yang indah korang semua tengok 😭😂 #pocoloco #pocolocochallenge #datosrivida #malaysia #makeuptutorial #makeuptransformation #unpocoloco

♬ Un poco loco – Speedxur🎧

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan komen-ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet

” Aku suka sangat la Dato Vida nie… apa apa pon tetap berhijabb.. Banyk-banyak video yang ni paling aku suka.. ”

” Gigih dato terbaik la.. dsv punya effort untuk pastikan semua karakter sama tu aku salute sangat.. ”

” Bukti hasil tak salahkan usaha. trend yang terbaikk dari video-video dia. mlliion kot view n like.. ”

” Wah terbaik lah dato.. qu puteh tak tinggal.. suka saya tengok video ni.. jump scares terok.. manyap lah dato.. ”

” Kita tengok bts pun penat… tapi tahniah dato seri vida.. Some of the shots Nampak macam cik b.. ”

” Bagus dato, kita pun suka tengok cerita ni. part baju purple tu cute sangat.. terbaik lah dsv.. ”

” Part pegang gitar bertukar dgn dap dap jari macam que puteh to suka tengok.. Effort yang luar biasa, hasil pun jadi marvelous.. ”

Sukarnya untuk menyiapkan video trend ini hanya DS Vida dan pasukannya sahaja yang merasai. Berhari-hari sesi rakaman dan hasilnya menggembirakan tidak hanya DS Vida tetapi juga semua wargamaya yang menonton video ini. Semangat DS Visa itu wajah dicontohi, terbaik lah.

Silakan SHARE..

Sumber :  Tiktok Datoserivida, IG DatoseriviDa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT