Connect with us

Artis / Selebriti

” ‘Kita Muslim tak boleh makan ba bi, haram’, bijak dan pandai sangat Rina.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Nik You Rina ketika ibunya, Maryam You Narae memeriksa kandungan coklat sebelum mereka membeli di Korea buat warganet kagum. Bagusnya Rina, tak mengamuk dan faham erti halal dan haram..

Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim dan anak-anak mereka, Rina dan Rian kini berada di Korea kerana pulang ke kampung halaman Maryam. Banyak video yang dikongsikan oleh Maryam dan Ryzal sepanjang percutian mereka ini yang menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Maryamyunrrr, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Rina ketika berada di sebuah kedai. Rina kelihatan begitu teruja kerana banyak pilihan coklat yang berada di hadapannya pada waktu itu. Rina mengambil satu coklat dan Maryam memeriksa kandungan coklat tersebut.

Coklat itu mengandungi bahan terlarang iaitu ba bi dan Maryam memberitahu kepada Rina perkara tersebut. Rina tenang sahaja sambil memberitahu orang Islam tidak boleh makan ba bi kerana ianya haram. Kata-kata Rina itu melegakan Maryam dan membuatkan hatinya tersentuh.

Maryam turut mencoret di ruang kapsyen tentang kerisauan yang bersarang di hati jika Rina akan merasa sedih kerana tidak dapat makan seperti orang lain ketika pulang ke kampung. Namun Allah mengurniakan Maryam seorang anak yang bijak dan berkat asuhan Maryam dan Ryzal, Rina sudah dapat membezakan yang halal dan haram.

Jom tonton video di bawah :

 

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 21 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” “Kita Muslim tak boleh makan babi, haram” well brought up, kudos to both parents.. Didikan parents sgt memainkan peranan yer..good job maryam n ryzal.. “

” Bijak & pandai sangat Rina, diasuh dan dididik dengan baik.. Tahniah Appa & Omma. Moga Rina sentiasa jadi kakak contoh utk adik Rian.. “

” Aunty doakan semoga Rina membesar jadi anak solehah yang teguh imannya, berjaya di dunia dan Akhirat.. “

” Masya Allah Pandai Rina. Moga adik punya baik dan pandai mcm kakaknya… Aamiin.. Comelnye… tahniah to both of you didikan terbaik.. “

” Rina is sooo smart.. muslim tak boleh makan babi, haram. Aunty love rina.. Maryam & rizal besarkan anak dengan sangat baik.. Terimakasih Mariam, Terimakasih Rizal.. u both bukn hanya ajar anak.. tp turut ajar kmi.. “

” Good girl Rina..good job to Omma and Appa as well.. bijaknya Rina ni.. so smart Rina, Alhamdulillah. kecil tapi sudah ada kefahaman sebagai orang muslim.. “

” Ye bila kita ajar dari kecik. No worries ok. Unexpectedly, dorg sgt menurut. As long as kita sbgai mak ayh pn trut sama ikot aturan tu.. ank2 akn rasa,my parents xmkn so do I .. hehe.. “

Maryam dan Ryzal berjaya mendidik Rina supaya memahami larangan sebagai orang Islam dengan baik pada usianya itu. Semoga Rina akan menjadi seorang muslimah sejati dan memberikan ajaran serta menjadi contoh yang baik untuk adiknya pula selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Pore Clay Stick

Trending

Copyright © Berita Kopak