Connect with us

Viral

” Kenapa Umi tak bawa Qisya, kenapa Umi tinggal kakak sorang-sorang.. ” – Putri Qisya Nur Izzat

Video anak sulung mangsa nahas Sungai Korok, Putri Qisya menangis rakan baik Uminya yang dipanggil Ibu ketika sampai di Unit Forensik buat ramai sebak. Rintihan Qisya pada Ibu menyentuh hati ramai, sebaknya..

Tragedi nahas Sungai Korok beberapa hari lalu telah meruntun hati orang ramai. Pemergian 6 beranak ini menyebabkan anak sulung mangsa kemalangan tersebut, Puteri Qisya Nur Izzat, 12, sekelip mata menjadi yatim piatu. Qisya tidak mengikuti keluarganya kerana bermalam di rumah ibu saudaranya pada malam sebelum kejadian.

Meninjau di akaun TikTok milik aidaahmadktelah dikongsikan video yang memaparkan video ketika Qisya berada di Unit Forensik sedang memeluk salah seorang rakan arwah ibunya yang dipanggil dengan panggilan ‘ibu’ . Menerusi kapsyen, pemilik akaun TikTok ini yang dikenali sebagai Aida telah menceritakan luahan Qisya ketika bertemu dengannya.

Kata Qisya, mengapa Uminya ‘pergi’ tidak membawanya sekali sedangkan sebelum ini Uminya pernah berjanji akan membawa semua anaknya jika dia ‘pergi’. Kata Qisha lagi, kenapa Uminya meninggalkan dirinya keseorangan. Mendengar luahan Qisha tersebut, hati Aida rasa tersentak sehinggakan dirinya juga menangis.

Selain itu, Aida juga ada berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup rakan baiknya itu dan mengakui Qisha sebagai anak sulung menyaksikan semua perjuangan Uminya. Perkongsian tersebut juga telah mengundang sebak warganet yang membacanya dan hingga kini telah menerima ribuan komen setakat artikel ini ditulis.

Tonton video di bawah ini :

@aidaahmadk

Sampai di forensik, Qisya peluk ibu dengan rintihan, “Ibu, kenapa umi takbawak Qisya. umi janji kalau umi nakpi umi akan bwk semua anak umi. knp umi tinggai kakak sorang2”. Allahuakbar anakkk 😭 Ketat dada ibu . Qisya syg, Qisya anak sulung umi yg menyaksikan semua perjuangan umi. Harini, Allah angkat darjat umi walid sampai satu Malaysia doakan depa Syurga. Hebatnya umi walid, waktu hayat depa org takkenai depa, tapi akhir usia depa seluruh pelusuk alam Allah ni mendoakan depa. Qisya anak hebat, Allah hantaq satu Malaysia doakan Qisya supaya jadi anak kuat & hebat . Percaya la cakap ibu, Qisya akan jadi org hebat nanti . Allah simpan Qisya di dunia, utk jadi anak paling hebat yg menghantar doa & amalan baik utk umi walid . Ibu janji, mcmana ibu ada selama 20tahun ni setiap kali umi cari & perlu ibu , mcm tu jgk ibu akan sentiasa ada utk Qisya anak ibu ❤️ #SyahidLemasEnamSekeluarga

♬ Harum Setangkai Doa – Inteam

Di ruangan komen, pelbagai luahan kata diberikan oleh warganet dan ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Qisha. Antara komen-komen tersebut adalah :

” AllahuAkhbar.. Ya Allah bantulah ank ini dlm mghadapi kehidupan yg mndtg.. Tabahkan hatinya,jdkn dia ank yg solehah utk arwah Umi dan arwah Abi.. “

” Allahu Akbar.. Tak mampu nak kata ape. ujian kamu hebat. Kamu pasti anak hebat adik Qisya. Allah tahu kamu mampu hadapinya. Doa kami ada untuk kamu.. “

” Semoga anakanda Qisya akan terus kuat, tabah dgn setiap dugaan yg dtg… Smoga Allah sntiasa melindungi kamu, dipermudhkn sgala urusan, dikelilingi insan2 mulia & smoga kamu sntiasa dlm rahmat Allah swt.. Al Fatihah.. “

” Tak habis baca lagi, mata dah masuk habuk, ketat dah dah baca, semoga Putri Qisya kuat dan tabah, menjadi anak solehah ummi & walid, Al-Fatihah untuk arwah Azim 6 beranak, semoga syurga tempat kalian yg terakhir.. “

” Mana ada dia ok, kakak qisya menangiss juga.. Ya Allah kuatkan laah hati anak ini. Bimbing dia dengan kebahagian didunia sementara ini.. “

” Ya Allah sebaknya.. Terlalu berat ujian utkmu syg.. Semoga kuat ya Qisya, pasti ada rahsia besar Allah sediakan utk Qisya.. “

” Allahuakhbar…. Menitis airmata sorg ibu tgk tt ni… Ya Allah kuatkan lah rohani anak ini… Lindungi dia dan pimpinlah dia menjadi ank yg solehah, berjaya didunia dan diakhirat..”

Sesungguhnya ujian yang diterima oleh Qisha ini sangat lah berat dengan usianya baru sahaja 12 tahun. Qisya sekelip mata hilang tempat bermanja kedua ibu bapanya serta adik-beradik yang lain. Sama-sama lah kita mendoakan semoga Qisha terus diberikan kekuatan dan ketabahan luar biasa oleh Allah untuk mengharungi kehidupan tanpa ahli keluargany. Al-fatihah buat 6 beranak mangsa Sungai Korok, semoga semua rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok aidaahmadk, edshahir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak