Artis / Selebriti
” Kenapa awak pilih suami saya, tak boleh ke awak buat macam abang angkat ? ” – Madu Zarina Zainuddin
Video Podcast Bersama Zarina Zainuddin Berkongsi Cerita Mengenai Suami Dan Madunya. Menangis Zarina Mengenangkan Perbualan Kali Pertama Ketika Bertemu Kakak Madunya. Kata-Kata Datin Masa Izinkan Suaminya Kahwin Dengan Zarina Tu Touching Sangat !!
Umum mengetahui Zarina Zainuddin merupakan isteri kedua kepada Dato’ Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar. Berpuluh tahun hidup bermadu bersama Datin Sri Noorhasimah Mohd Noor, Zarina mempunyai hubungan yang baik dengan madunya itu dan juga anak-anak.
Jarang untuk dapat melihat Zarina berkongsi gambar suami dan madunya itu. Sifat Zarina itu mendapat pujian ramai kerana Zarina tahu menjaga hati seluruh keluarga. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zarina hadir sebagai tetamu di podcast Borak Selebriti.
Mengenang kembali detik perkenalannya bersama DS Dr Abu Raihan, Zarina mengakui suaminya ini seorang yang berjiwa besar. Zarina sangat terharu kerana ditakdirkan dapat hidup bersama dengan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab seperti DS Dr Abu Raihan.

Zarina turut bercerita tentang pertemuan pertama dengan madunya sebelum diberikan keizinan untuk mendirikan rumahtangga. Gagal menahan air mata, Zarina menangis ketika bercerita mengenai perbualannya bersama DS Noorhasimah yang bertanyakan sebab ingin menikahi suaminya itu.
Jom tonton video perkongsian di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Satu saya suka kat Zarina, dia tak de nak upload2 pic yang mesra dengan suami dia. Dia memilih utk menjaga hati madu dan keluarga madu dia.. “
” This time i believe bukan sebab ayat lelaki tu, this time memang suami dia sincere sampai bawak jumpa isteri pertama. Kalau suami dari awal tak jujur, memang xdelah podcast ni…YTJT kisah dia kene scam, maruah dia tercalar, and this kind hearted guy is willing to make her as a good woman in society hierarchy.. “
” Bagus zarina nih.. sedar diri ambik laki org tapi tak pernah nak tunjuk muka laki tu..terbaik jaga aib n muka madu dia.. “
” Jodoh ini rahsia ALLAH… nak komen lebih-lebih, kita takkan tahu apa takdir ALLAH untuk kita. Kita doa aje yang baik-baik utk setiap insan.. “
” Bila ikhlas menyayangi, Allah balas dgn kebahagiaan. Direzekikan dgn ank2 syurga.. 2 org ye.. Masya allah. Semoga ina & suami kuat & tabah menjaga mereka.. “
” Kak ina ni contoh madu yg bagus dia tak tamak Sbb Tu dia pernah kata tak nak selalu upload pic suami dia Sbb hormat perasan madu dia.. “
” Waktu Tu Zarina Ada kisah pahit dia sendiri … Dan Suami dia lelaki hebat ambik dia sebagai isteri utk Selamat Kan maruah Zarina.. “
” Yg penting kak zarinazainuddin sntiasa sedar diri. dia sntiasa mnjaga hati madu dia. Ini baru contoh poligami yang bagus.. “

Ajal, jodoh dan maut segalanya sudah pun diaturkan oleh Allah SWT. Zarina dipertemukan dengan suami yang bertanggungjawab dan madu yang sangat baik hati. Semoga kebahagiaan Zarina bersama keluarganya itu berkekalan sampai bila-bila dan dirahmati Allah.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, Youtube Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

