Artis / Selebriti
” Kemain atuknya pun, lentik habis badan melayan cucu menari, haha.. ” – Komen Netizen
Video telatah Jinggo melayan cucunya, Bunga Elhaq menari lagu Ya Habibi Ali Baba buat ramai terhibur. Alahai bukan main seronok Bunga bila Dadda melayan dia menari. Atuk sporting, cucu pulak comel, memang ngam lah..
Sejak bergelar datuk, pengarah drama terkenal Jinggo atau lebih mesra dipanggil Tok Sidang semakin kerap berkongsi video mengenai cucu-cucunya, Bunga Elhaq dan Bahtera Elhaq. Boleh dikatakan, setiap kali Tok Sidang memuatnaik perkongsian tentang mereka, pasti ada sahaja gelagat comel yang mencuri perhatian ramai.
Terbaru, meninjau akaun Instagram. Tok Sidang telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang melayan cucu sulungnya, Bunga menari. Menerusi video tersebut, Tok Sidang dan Bunga dilihat menari mengikut irama lagu Ya Habibi Ali Baba. Telatah atuk serta cucu ini sekali lagi mencuri perhatian ramai.
Ramai warganet yang terhibur melihat gaya tarian Tok Sidang. Ada yang berseloroh mengatakan tidak menyangka bahawa Tok Sidang rupanya begitu lincah dan pandai menari. Tok Sidang sememangnya seorang yang sporting dengan anak-anak dan cucu-cucunya.

Tidak ketinggalan, Bunga juga nampak begitu seronok setiap kali bersama Tok Sidang. Gelak tawa mereka yang tulus menghiburkan ramai penonton. Ada yang menyatakan video ini membuatkan mereka rindu untuk menghabiskan masa bersama datuk dan nenek masing-masing.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kemain atuknya pun, lentik habis badan melayan cucu menari, haha.. Cute betul tengok cucu dan dadda menari, hehe.. Kasih sayang seorang atuk juga membawa hingga ke syurga.. “
” She adalah bunga yg paling happy dan cantik di muka bumi.. Suka tengok Tok Sidang melayan cucu dia, hehehe.. Tengok video ni, terus rindu momen main dengan atuk n nenek dlu2.. “
” Dadda so lucu sangat, haha bunga comel.. Gitu lah kalau atuk yang tolong mengasuh cucu, mcam2 hal dibuatnya.. “
” Both of you sangat cute la dadda & Bunga. Dadda dah makin pandai dance nowadays, piower lah dadda, haha.. “
” Percayalah bila cucu jumpa atok dia lain mcm karakter kluar… Enjoy this moment bunga and dadda.. Dadda yang garang terus jadi macam kucing manja yer dgn cucu, haha.. “
” Tak sangka dadda .. You got d grooveee hahahahaha ingat keghaih kejungg.. Bungaaaaa soooo terpaling cute.. “
” Seronok dadda rajin layan cucu… Tak ler bored si Bunga ni… Enjoy kami tengok.. Akhir kata kami pun turun goyang goyang.. “
Keakraban antara Tok Sidang dan Bunga jelas menunjukkan bahawa kasih sayang keluarga tidak mengenal usia. Melalui perkongsian ini, ramai warganet mendoakan agar hubungan ini terus terjalin erat, sambil menantikan lebih banyak gelagat comel Bunga yang pastinya akan mencuri hati ramai pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jinggo_jspicutres
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Hari tu punca saya warded adalah kerana.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sama cantik sama padan. Mak Shila masih muda dan cantik.. ” – Komen Netizen


