Connect with us

Viral

” Kelip-kelip mata tengok, cantik sungguh tanpa make up.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Rozita Che Wan tanpa sebarang solekan dan bulu mata palsu raih pujian ramai. Wah, Che Ta nampak jauh lebih muda tanpa solekan. Kulit muka pun flawless, tegang dan cantik walaupun dah berusia lebih 50 tahun.. 

Meninjau ke akaun Instagram Rozita Che Wan, perkongsian sebuah video yang memaparkan Che Ta tanpa sebarang solekan di wajahnya telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan oleh Che Ta untuk mempromosikan sesuatu produk.

Namun yang lebih mencuri perhatian ramai ialah wajah Che Ta yang cantik dan mulus walaupun sudah berusia lebih 50 tahun. Jarang kita melihat Che Ta tanpa memakai bulu mata palsu dan menampakkan wajahnya agak berbeza daripada selalu.

Ramai menyatakan Che Ta nampak jauh lebih muda apabila tidak bersolek. Che Ta juga tampil ringkas dengan hanya memakai tudung bawal dan berjubah. Sememangnya tidak berkelip mata melihat kecantikan semulajadi yang dimiliki Che Ta.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ratusan komen yang memuji kecantikan Che Ta. Pada usia lebih 50 tahun dan memiliki kulit wajah yang cantik berseri merupakan satu bonus buat Che Ta. Pastinya ramai peminat berharap Che Ta tidak bersolek terlalu tebal selepas ini.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan Che Ta tanpa sebarang solekan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Serius cantik dr yg duk mekap tebal2 tu. Firts time tgk muka c.ta tanpa makeup.nmpk lagi muda dan sebaya dgn zain.. “

” Tu dia che ta letopsss tanpa make up uolsssss.. your look beautiful without makeup. Preferred you this way .. Baru nampak jelas mata che ta kalau tak duk berselindung dibalik bulu mata pelesu .. “

” Lahh lebeh cantik tanpa makeup lahh.. lahh mcm budak sek cantik.. betui mcm Aishah..Aishah macam Mama.. “

” Sejujurnya..cantik sgt² tanpa mekap.. Elok je kak x payah mekap tebal2 bulu mata.. Ni tanpa filter kan.. Lawa nya hang… Make up lawa..X make up pn lawa…dua2 lawa meletop top.. “

” Masya Allah Cheta sgt lawa tanpa heavy makeup.. Xmekap lg npk muda che ta ni…ni betul2 president kelab tolak tua .. “

” Cantik without make up.. nampak muda sgt ni.. Spotless! Flawless! Im speechless.. Kelip2 mata tgk, sapa nih che ta ghupernya. Lainnnnn betul mukanya, lg2 tang mata. Cantik sungguhhhh.. “

” Che Ta ni kalau x make up nmpk lg muda.. Cntik sgt .rozitachewan1 sis klu muka jerawat..sesuai x..  Che ta lg lawa mcm ni dr make up beria2.. Mcm baru umur 20 tahun la rozitachewan1 . So beautiful.. “

Memang tidak dinafikan Che Ta memiliki kecantikan semulajadi kerana wajahnya lebih cantik tanpa sebarang solekan. Kami di berita Kopak mendoakan semoga Che Ta terus diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rozita Che wan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Minyak Terbaik Untuk Bayi
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak