Artis / Selebriti
” Kelakar betul Tengku Muhammad, dah kena bedung pun tak behave, haha.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar rehearsal Istiadat Bersiram YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar buat ramai terhibur. Kelakar betul bakal pengantin diraja ini. Bak kata Bonda Tunku Azizah, TAB buat hal dah, haha..
Istiadat perkahwinan diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar dan pasangannya, Tengku Natasya Tengku Adnan bakal dilangsungkan pada 24 Oktober sehingga 27 Oktober. Ianya melibatkan beberapa majlis istiadat yang dilakukan sejak turun temurun.
Meninjau entry di akaun Instagram Inaijari, telah diulangsiar gambar-gambar yang dikongsikan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah ketika rehearsal majlis bersiram dilakukan. Ini salah satu acara yang perlu disempurnakan oleh Tengku Muhammad nanti.
Coret Tunku Azizah di ruang kapsyen, Tengku Muhammad buat hal ketika majlis rehearsal tersebut. Menerusi gambar-gambar yang dikongsikan, kelihatan Tengku Muhammad dibedung badannya dengan sehelai kain. Tunku Azizah juga kelihatan berada di samping Tengku Muhammad.

Dari satu gambar ke gambar yang lain, gelagat Tengku Muhammad menggeletek hati warganet. Putera raja yang selalu ceria, happy go lucky dan menjadi penghibur tidak hanya kepada ayahanda dan bonda tetapi juga seisi istana serta rakyat jelata. Perangai random Tengku Muhammad kadangkala sukar dijangka.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini meraih perhatian warganet dan sehingga kini lebih 600 tanda suka telah pun direkodkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Hyper sangat kan dah kena bendung dengan mamanya. jadi baby skjp.. kelakar lah TAB ni.. random betul ek.. “
” Dah bedung pun tak behave haha.. macam mana ni bakal pengantin ,lawaklah.. TAB selalu random, menguji kesabaran org sekeliling.. “
” TAB jarang tak buat hal hahha.. hyper sangat kan dah kena bendung dgn mama. selamat pengantin baru my soulmate. jaga Tasya baik-baik. semoga berbahagia berduaan hingga ke Jannah Firdaus.. “
” Dalam reramai tu mesti ada jenis happy go lucky wehhh. Contoh TAB . Ada je ekk gelagat diaPenghibur dalam kluarga dan smua.. Dah besar panjang pun kena bedung lagi ye.. “
” Hahhaha konfem nervous time wedding nanti haha.. orang borneo tak sabah dah nak tengok Hero Sabah ni kawen.. anak mama ni, takpernah serious tau.. “
” Baru majlis bersiram Tuanku. belum lagi Majlis Perkahwinan DiRaja nanti. Kita tunggu.. waktu wedding nanti mesti random jugak.. “
” Mesti mama sakit kepala layan ank sorang ni macam-macam ragam. adoiiii makin slide makin ketawa ni. kelakar betul TAB.. “
” Haa kan kena bedung dah.. hyper sungguh haha.. hamboii duk tak diam.. lawaklah bakal pengantin happy go lucky TAB semoga majlis berjalan dengan lancar.. “
Ada sahaja perangai Tengku Muhammad yang menceriakan suasana. Dalam ramai-ramai anak Tunku Azizah, putera seorang ini terpaling random. Pada hari kejadian nanti entah apa pula gelagat spontan bakal pengantin diraja ini. Sama-sama kita nantikan istiadat majlis pernikahan diraja Tengku Muhammad.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok Tengku Ampuan Pahang
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak ai rumah dusun, bapak luas. Dari luar pun dah cantik, masuk dalam lagi wow.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu Perkeso dia ya Allah, tak boleh berhenti ketawa. Start Baby nyanyi aku dah berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selfie seorang balik dah dia. Be strong Kamal.. ” – Komen Netizen


