Artis / Selebriti
” Kecik-kecik suara dah sedap. Ini ikut jejak bapak nampaknya, waris legasi.. ” – Komen Netizen
Video Fedtri Yahya sedang mengajar anak lelakinya, Firaas Mevlana berlatih membaca puisi Merdeka raih perhatian ramai. Wah memang sebijik gaya bapanya, sedap sungguh suara Mevlana berpuisi..
Sebut sahaja nama Ahmad Fedtri Yahya, pasti ramai yang mengenalinya. Fedtri antara pengacara yang sering mencuri tumpuan ramai, suarany begitu lunak didengar. Selain bergelar pengacara, Fedtri juga merupakan seorang penulis lirik. Banyak lagu yang mendapat sentuhan Fedtri berjaya mendapat tempat di hati pendengar.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Fedtri, telah dikongsikan video yang memaparkan Fedtri bersama anak lelakinya bernama Firaas Mevlana. Menerusi video itu, Fedtri sedang melatih Mevlana membaca puisi Merdeka untuk dibaca ketika sambutan Hari Merdeka di tadikanya.
Tulis Fedtri di ruangan kapsyen mengatakan, nasib Mevlana sudah hafal puisi tersebut kerana agak mencabar melatih kanak-kanak seusia Mevlana untuk membaca puisi Merdeka. Ini adalah disebabkan ada beberapa perkataan yang perlu difahami sebelum membacanya.

Perkongsian video tersebut telah mencuri perhatian warganet. Ramai yang kagum mendengar suara Mevlana membaca puisi dan mengatakan Mevlana mempunyai bakat seperti Fedtri. Sehingga kini, video Fedtri bersama anaknya telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Fedtri dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kecik-kecik suara dah sedap. Ini ikut jejak bapak nampaknya, waris legasi.. Bagus dik…Teruskn berlatih.. Ikut jejak ayah.. “
” Wah.. Pandai. Muke mok sebiji ni cute.. Harap budak2 skrg tahu baca sajak dan syair macam kita dulu.. Rindu momen tu.. “
” Wow hebat fedtriyahya junior terbaik.. Suara dia ada gaya betul, sedap dengar lenggok gaya dia bercakap.. Bapa borek anak rintik.. “
” Uishh hebatnya dia.. Wah.. Pewaris Fedtri dalam puaisi2 syahdu.. Dah pandai hafal ya.. Merdeka.. Semangat Merdeka.. “
” Anak saya pun masuk puisi merdeka kat sekolah dia nnt..Tapi dia dah darjah 6.. maybe kena berguru dgn fedtri kot baru merdu elok bacaan puisi dia.. “
” Mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasik ye dik.. Tahniah adik, insyallah nanti besar akan ikut jejak langkah ayahnya.. “
” Aiii dia dh pandai berpujangga. Rasa macam baru je lahir si kecik ni.. Anak ayah betul, sangat berbakat.. Sesuai suara Mevlana ngan sajak ni.. Keep it up boy.. “
Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi, begitu lah juga dengan Fedtri dan Mevlana. Mevlana bakal mewarisi bakat ayahnya dan juga berpotensi menjadi pengacara yang hebat suatu hari nanti. All the best buat Mevlana untuk bacaan puisi sempena sambutan hari merdeka nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fedtriyahya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae

