Artis / Selebriti
” Kaw kaw Aepul simpan yaa. Kerja gila, penonton jadi jantung nak tercabut dibuatnya.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Bertenaga Aepul Roza Di Final The Hardest Singing Show Yang Berjaya Meraih Gelaran Juara. Fuh Memang Luar Kotak Betul. Aepul Lintas Tang Konar Weh, Otak Geliga Ni. Terbaiklah Aepul !!
Pentas final The Hardest Singing Show Malaysia berakhir semalam dan Aepul Roza dijulang sebagai juara musim pertama ini. Aepul memberikan persembahan yang bertenaga dan membuatkan semua penonton di auditorium dan di rumah teruja.
Untuk final, tema Emosi Instrumentasi diberikan kepada Aepul dan membawakan lagu It’s My Life nyanyian asal Bon Jovi. Menerusi akaun Instagram Astro Gempak dan Tiktok Media Hiburan, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan hebat Aepul.
Persembahan luar kotak dan siapa sangka, Aepul akan membuat kerja gila untuk pentas final. Sorakan bergema di seluruh auditorium ketika Aepul bermain drum dalam keadaan condong 90 darjah. Emosi penonton bercampur baur melihat aksi Aepul itu.

Ini yang dikatakan the hardest singing, walaupun aksinya sukar tetapi suara Aepul tetap maintain. Memetik komen warganet, seperti hendak tercabut jantung melihat Aepul dalam kedudukan condong seperti itu. Aepul memberikan 100% komitmen dan hasilnya hadiah RM150,000 menjadi milik Aepul.
Jom tonton video di bawah :
@mediahiburanofficial ‘Bergegar’ auditorium bila part Aepul Roza main drum dalam posisi condong. Lain macam sungguh, best sangat! #MHnews #MediaHiburan #FYP
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak juara lagi taktahu lah nak kata ape , paling hardest aku rasa ni , lain dari yang lain.. vodal dan hardest seiring.. ”
” Fuhh…. drum berpusing style slipknot.. Kan dh kate aepol potong tang kona.. juara akhirnya.. memang layak selayaknya.. ”
” Abis skill gig, skill slipknot semua keluar aepul.roza, dahsyat.. Usaha tidak penah mengkhianati hasil… congratulations xpenat tiap2 mgg tgg persembahan epul… tahniah no 1 the hardest Singer show.. ”
” Paling gempak.. dah macam Joey jordison.. mmg patut pun juara.. tahniah.. persembahan lain dr yg lain.. ”
” Ni baru betul the hardest singing show. tak penah dibuat orang.. aepul bukan biasa2, paling hardest part drum tu phew.. ”
” Kaw kaw aepul simpan yaa.. kerja g1la dan hardest sang juara ni.. penonton jadi jantung nak tercabut dibuatnya.. ”
” Inilah baru performance yang mantap, hardest dan pemilihan lagu yg baik. Memang power lah Aepul Roza sememangnya layak jadi JUARA THSS2024. Tahniah.. jantung laju weh nk tgu epul habis performed. risau terlentang atas lantai je dengan drum2 sekali.. ”
Memang padu dan terbaik persembahan Aepul untuk final semalam. Tak terfikir dan terlintas di fikiran semua orang Aepul akan membuat aksi seperti ini. Selayaknya Aepul diangkat sebagai juara kerana kesungguhan dan persembahan yang memukau ini. Tahniah Aepul dan seluruh team Aepul atas kejayaan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Macam mana SS layan Ina dulu, itu hasil yang dapat dilihat pada Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


