Artis / Selebriti
” Kau seorang je dik berani kata macam tu, depan-depan pula tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Afwa secara depan-depan mengatakan suara ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tidak sedap buat warganet terhibur. Adoi Afwa, siap pakai headphone tak nak dengar suara ibu. Aiyok, ibu dah merajuk tu…
Gelagat anak kedua biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Afwa sememangnya seringkali menghiburkan warganet. Afwa agak cheeky berbanding kakaknya, Aafiyah. Sebelum ini Afwa pernah mematikan suis ketika DS Siti sedang asyik berkaraoke kerana bising katanya.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Rayaaaronz.simplysiti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Afwa ketika muncul dalam live DS Siti. Afwa yang ingin mengajak ibunya itu tidur membuat sesuatu yang mencuit hati warganet.
Selepas DS Siti menyanyi, DS Siti bertanyakan kepada Afwa adakah suara ibu sedap. Afwa menggeleng-gelengkan kepalanya yang bermaksud ‘tidak sedap’. Tambah DS Siti lagi, itu sudah dipakaikan headphone dan hanya sayup-sayup sahaja mendengar suara ibu menyany, namun Afwa sudah mengatakan tidak sedap.

Belum pernah ada sesiapa yang berani mengatakan suara DS Siti tidak sedap. Warganet berseloroh mengatakan DS Siti melahirkan hatersnya sendiri. Walhal suara ibu Afwa lah paling merdu dan lunak didengar. Bukan sahaja menyanyi, suara DS Siti bercakap pun sedah didengari.
Jom tonton video di bawah :
@rayaaronz.simplysiti HAHAHAHAHA Afwa je berani cakap Tokti nyanyi tak sedap 😂❤️. (Nak dapatkan produk-produk Tokti boleh ke SHOWCASE ya) #SitiNurhaliza #Tokti #Afwa #Simplysiti #RayAaronzSimplysiti @Siti Nurhaliza
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Siti lahirkan haters dia sendiri, haha.. rasanya semua org suka tokti.afwa je melawan hukum.. pertama kali aku tak percaya cakap budak haha.. “
” Kejujuran yang boleh kita ketepikan.. afwa tak rasa lagi jadi anak dato’ aliff tahu haha.. kau sorang je dik berani kata macam tu, depan-depan pulak tu..
” Afwa tak tahu ke mak dia siti nurhaliza.. bukan setakat nyanyi, ketawa pun merdu.. Afwa ckp suara mak dia x sedap, amayan ckp suara bapa dia sedap.. “
” Afwa, uncle penat kumpul duit beli tiket ibu afwa tau.. senang-senang kata tak sedap hahahaha.. the real melahirkan haters sendiri.. “
” Afwa siap pakai headphone sebab tak nak dengar, haha.. Tok ti cube tanye afwa kalau suare ibu tak sedap, suara artis mane yg sedap, haha.. “
” Dia dah bosan dengar suara mak dia haha.. kalaulah afwa juri ajl… ibunya xpegang laa trofi tiap2 tahun.. setahun pun payah kalau gini.. ”
” Mentang-mentang la dengar free, cakap tak sedap ek.. kami ni termimpi2 nak g konsert ibu dia. Tau tak ibu tu kalau buka mulut je se-alam semesta terhibur.. “
Sampai hati Afwa cakap suara ibu tak sedap. Orang lain ternanti-nanti dan sanggup berebut membeli tiket semata-mata mahu mendengar ibu menyanyi secara live. Penghibur hati DS Siti sungguh si Afwa ini. Apa-apa pun, semoga Afwa selalu menjadi anak yang soleh untuk ibu dan ayah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ray Aaronz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen

