Artis / Selebriti
” Kau ni random la dik, tiba-tiba tegak berdiri nyanyi Negaraku. Lucu betul.. ” – Netizen
Video Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona Excited Sudah Balik Ke Malaysia Buat Warganet Terhibur. Alahai Random Betul Leona Ni, Tiba-Tiba Tukar Mood Semangat Patriotik. Lawak Sungguh !!
Nama Kasih Iris Leona seringkali meniti di bibir warganet. Ada sahaja perkara yang dilakukan oleh anak perempuan Azhar Sulaiman ini yang membuatkan namanya menjadi perbualan ramai. Antaranya nyanyian lirik spontan lagu Ketipak Ketipung Raya yang diubah menjadi Ketiak Bawang Raya.
Meninjau entry terbaru di akaun Tik Tok Leonathe2nd, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Leona yang kegembiraan memberitahu dirinya sudah kembali ke Malaysia. Leona yang pulang bercuti menunjukkan persekitaran rumahnya sambil berjoget.
Leona diketahui merupakan seorang yang random dan selalu membuat perbuatan yang spontan. Tiba-tiba sahaja Leona berdiri tegak dan menyanyikan lagu Negaraku. Ianya sebagai simbolik Leona berada di tanahair tercinta. Ramai yang menyangkakan Leona hanya akan menyanyikan intro sahaja tetapi sangkaan semua meleset.

Leona bertukar mood patriotik dan menyanyikan lagu kebanggaan rakyat Malaysia ini sehingga habis. Perbuatan Leona ini meraih pujian daripada warganet. Walaupun Leona belajar di luar negara, Malaysia tetap utuh di hati anak muda ini.
Jom tonton video di bawah :
@leonathe2nd Saya dah balik
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 140 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” The negaraku secara tiba-tiba haha.. ko ni random la dik, tiba-tiba tegak berdiri nyanyi negaraku. lucu betul.. ”
” Makin lama makin random this girl haha.. Nyanyi sampai habis pulak tu.. dan aku pun dengar lah dia nyanyi sampai habis haha.. ”
” Saya sudah balik kampung 30 %, Negaraku 70 %.. Dia baru bangun terus buat video ye.. tanpa fikir apa apa haha.. ”
” Dia nyanyi sampai habis ye haha.. Dalam kereta ni Leona, mana aku nak berdiri ni haha.. Kau ni random betul lah Leona.. mengekek aku dengar ko nyanyi.. ”
” Dia nyanyi negaraku pulak sobakk.. tak pasal pasal kena berdiri tengah office.. makin lama makin random tau Leona ni. jadi penghibur betul.. ”
” Eh dia ni tiba tiba negaraku tak ke kelam kabut aku nak bangun tengah baring haha.. Apa yang random sangat perangai budak bertuah ni.. ”
” Dah satu hal nak kena dengar dia menyanyi Negaraku sampai habis haha.. dia ni suka tiba-tiba tau.. ”
Terhibur warganet dengan sikap Leona yang suka menghiburkan semua dengan gelagat spontannya itu. Bagus lah Leona, Negaraku tetap di hati selama-lamanya. Apa-apa pun, semoga Leona berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Jaga diri dan juga jati diri.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Leonathe2nd
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen



