Artis / Selebriti
” Kami suka kenen-kenen je, sekali abang dia yang directly sebut perkahwinan.. ” – Komen Netizen

Video Spacedollah bercerita mengenai adiknya, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah dalam Apa Cerita Podcast buat ramai terhibur. Wah berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat BASS ni. Sekali Spacedollah bergosip, terus next level perginya..
Meninjau entry di akaun Instagram Apa Cerita Podcast, telah dikongsikan satu video yang memaparkan abang kepada YB Syed Saddiq, Syed Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Spacedollah bercerita mengenai pekerjaannya dan isu-isu lain. Ketika wawancara berlangsung, nama YB Saddiq dan Bella dibangkitkan oleh host podcast tersebut.
Spacedollah memberitahu YB Saddiq tidak pernah membuat pengakuan terbuka mengenai perasaannya terhadap Bella. Namun dari gerak geri YB Saddiq, Spacedollah mengetahui yang adiknya itu sedang dilamun cinta. Segala tingkah laku YB Saddiq jelas menunjukkan perasaannya itu.
Spacedollah juga mengakui, banyak projek yang dijayakan oleh YB Saddiq sekarang adalah kerana Bella. Iron lady YB Saddiq itu banyak membawa rezeki untuk YB Saddiq dan penduduk Muar. Spacedollah juga mengatakan pasangan itu seperti Yin dan Yang yang saling melengkapi.
Tersenyum-senyum dan teruja Spacedollah apabila bercerita mengenai BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq). Mengakui dirinya sebagai pengerusi BASS, Spacedollah ada menyentuh satu berita yang menggembirakan ramai pengikut BASS. Mungkin itu hint ada sesuatu yang besar akan terjadi antara Bella dan YB Saddiq.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” It’s not us (netizen), it’s was him (SD) yg mentioned pasal perkahwinan… kami suka kenen2 jer, sekali abang dia yg directly sebut perkahwinan.. “
” Kalau abang YB dah cakap camni, kmi tumpang gembira.. semoga dipermudahkan semua urusan yb dan bella.. “
” Apsal erk.. Bila cakap pasal BASS semua happy.. SD nmpk sgt hati tu byk rama2.. adik dia yg sweett dgn bella..hati dia yg brbunga2 mekar penuh sgt tu sd.. tp bestnyaa la sokongan dia ni.. “
” Ingat kan Team BASS je geram ciut.. tapi sd lagi comel dia punya geram.. sejak bass fenomena beribu view bahagia dgn bass kawal sampai kahwin.. abg paling terbaik.. yg penting kebahagian adik dia lg penting. love sgt ayat tu.. “
” Kami telah bersedia… ajk2 merewang, ajk bunga manggar, ajk pelamin, ajk jaga parking dan mcm2 ajk lagi. SD punya gosip, sengih sampai sini ek haha.. “
” Hahahhahaa reaction SD last tu sama mcm aku punya reaction bila tgk BASS .. SD memang best dan sweet.. part last tu abang dia geram adik dia sweet sangat.. “
” Jarang lelaki cerita benda gini dengan comelnya bergosip.. Berdekah past last, perangai masing masing pun, comel sangat.. “
Teruju sungguh Spacedollah bercerita mengenai adiknya dan Bella. Ini juga secara tidak langsung membuatkan pemiant tidak sabar untuk melihat Bella dan YB Saddiq disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Semoga kata-kata Spacedollah itu menjadi kenyataan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Apaceritapodcast
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Cinta tak semestinya memiliki, dah ada contoh hebat. Besar hati kak Erma ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Cramp perut aku dengar jawapan budak ni. Unexpected betul, boleh sentap tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” He has grown and dah banyak kali untuk cuba selamatkan rumah tangga dia. Good answer Farid.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mahal betul harga rindu dia, jujur dan ikhlas betul jawapan. Bertuah punya anak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cakap bahasa Tamil mesti kena goyang kepala ye Talita, semua dia goyang.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Siti Nur Fatin binti Hamdan, saya rindu awak sangat-sangat. Awak hidup lagi ke tidak sebenarnya.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Makeup simple, tak berinai, baju loose tak ikut shape, serius love sangat. Simple but pretty.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Indeed, well said Syed Saddiq. Heret sekali semua yang terlibat.. ” – Komen Netizen