Artis / Selebriti
” Kali ni dia nyanyi feeling dia cun habis, jiwa tu sampai. Suara mendayu merintih.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Amad di minggu pertama Talk To My Manager raih pujian ramai. Fuh sedap betul suara Amad menyanyi lagu Azimat Cinta, dia punya lenggok buat ramai terbuai-buai. Dato’ Syafinaz pun puji..
Rancangan realiti Talk To My Manager telah pun bermula dan ianya dibarisi oleh peserta-peserta yang hebat dan ada keistimewaan masing-masing. Salah seorang yang mencuri perhatian untuk minggu pertama TTMM adalah anak Siti Sairah, Amad.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Amad semalam. Amad membawakan lagu popular ibu saudaranya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Azimat Cinta. Lagu ini sememangnya memang lagu favourite Amad dan pernah dinyanyikan secara live di konsert DS Siti sebelum ini.
Namun untuk persembahan semalam, susunan muziknya dilakukan pembaharuan dan ianya bersesuaian dengan vokal Amad. Penghayatan Amad sampai ke hati penonton. Suara Amad yang merdu dan penuh dengan lenggok mengasyikkan penonton di dewan dan juga di rumah.
Amad sering dikatakan seperti bayangan DS Siti versi lelaki tetapi untuk lagu ini Amad langsung tidak dibayangi oleh nyanyian asal DS Siti. Kreativiti Amad membawakan lagu ini dalam versinya tersendiri meraih pujian juri dan penonton. Best sangat suara Amad seperti menyanyi lagu sendiri.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nama pun anak buah Biduanita Negara tersohor. Tapi dia ni ada bakat tersendiri, lagi dia explore lagi mantap journey dia nanti. suara tu memang power.. “
” Bagus manager Amad bgi Amad bawa lagu viral dia Azimat Cinta. proud aaa cara dia sendiri .. sedapnyer lah haiii suara Amad.. penuh penghayatan.. meremang wei.. “
” Ni memang lock ke final terus. sedap giler suara dia.. Speechless dengar Amad nyanyi, tau2 lagu dah habis je x puas dgr.. fresh arrangement lagu tu tak langsung dibayangi tokti.. “
” Aduh suara Amad ni, meruntun jiwa.. dia kunyah2 jek lagu tu.. amad the best.. yg lain ok,tp amad ni lain sket,bakat dia power.. “
” Kali ni dia nyanyi feeling dia cun habis. jiwa tu sampai.. Lagu Siti tp best amad buat style dia sendiri n arrangement lagu pun best.. arrangement yang besar tak tenggelamkan amad langsung.. “
” Key ni baru cun dengan ahmad compare live konsert di genting aritu.. Amad memang buat surprise lah dia ubah arrangement lagu jadi lagi best.. fresh music arrangement ngam sangat dengan suara dan vibe amad.. “
” Lenggok, bunga nyanyian dy mcm ctdk…. bunga byk, sedap dgar… Siti Nurhaliza versi lelaki.. love his own version… Amad buat lagu ni jadi lain.. best tak dibayangi oleh tokti langsung.. “
” Merdunya, suara mendayu merintih.. pandai control voice.. penyampaian dia begitu meyakinkan.. dah lebih 20x ulang dengar, macam lagu sendiri je Amad nyanyi.. “
Amad mendapat pujian daripada juri-juri dan tidak dapat dinafikan suara Amad ada auranya tersendiri. Bak kata Dato’ Shafinaz, peduli apa orang mengata Amad anak saudara DS Siti kerana dia sememangnya ada bakat dan suara yang bagus. Teruskan perjuangan Amad untuk lagu Isabella pada minggu depan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Ooo ini orangnya, handsome. Nasib baik dia tolak, kalau tak, tiada lah BASS.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Selamat pengantin baru Aazief. Terharu tengok Bonda melepaskan anak.. ” – Komen Netizen