Artis / Selebriti
” Kalau Dato’ Siti ikut versi mak ko dik, tak tahu lah Afwa tu macam mana lepas tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Farez Adnan mengajuk gaya anak Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa merajuk ‘ibu tak sayang Afwa pun’ buat warganet terhibur. Kan tak pasal-pasal kena tengking dengan Makcik Petir, nasib tak kena hempuk. Tu bukan Tokti lah Farez, haha..
Gelagat anak kedua Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa merajuk dan menyebut ‘Ibu tak sayang Afwa pun’ menjadi perhatian ramai. Ayat Afwa yang comel itu dijadikan parodi oleh seorang jejaka bernama Farez Adnan dan dia cuba menyakat ibunya yang dikenali warga Tiktok sebagai Makcik Petir.
Menerusi video perkongsian di akaun Tiktok Farez Adnan, telah dikongsikan reaksi Makcik Petir ketika Farez mengajuk ayat Afwa itu. Menyebut ayat Afwa itu dengan manja, reaksi Makcik Petir ternyata cukup berbeza dengan reaksi yang ditunjukkan oleh DS Siti Nurhaliza.
Nama gelaran pun Makcik Petir, rengekan Farez itu membuatkan Makcik Petir meninggikan suara dan menyebut ‘diamlah’. Farez pula ketawa terbahak-bahak dengan reaksi maknya itu. Tulis Farez di ruangan kapsyennya berbunyi ‘berbeza betul reaction Tokti dengan mak aku’.

Gelagat anak dan ibu ini menghiburkan warganet. Bagi yang mengikuti Tiktok Farez pastinya mengetahui yang Farez memang suka mengusik ibunya. Ada sahaja perkara yang dilakukan untuk mengusik Makcik Petir. Ini adalah gurauan sama-sama anak beranak.
Jom tonton video di bawah :
@farezadnanofficial HAHAHA berbeza betul ya reaction tokti dgn mak aku 😂
Lebih 29 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kalau Dato’ Siti ikut versi mak ko dik… tak tahu lah afwa tu camno lepas tu.. hahaha.. ni afwa versi mtk penyepak haha.. “
” Kau igt makcik petir ni ct nurhaliza ke haha.. Ini lah mak yang betul ye.. ibu yang menyinga haha.. “
” Pandai dia jauhkan muka, bila makcik petir pandang.. tau takut haha.. ni bukan siti nurhaliza, ni situ nirhalaaaseram haha.. “
” Kalau macam ni Afwa, aku karate terus haha.. Risau kau kena sedas je Farez, seram wooo haha.. “
” Diamlah” hahaha sikit lagi nak kena cepukk. dia ni kan selagi mak dia tak naik hantu, selagi tu duk menyakat haha.. “
” Yang ibu marah, yang anak gelak haha.. Adoii pecah perut kita wak.. tetiba afwa dah besar.. Berdekah aku gelak, bro. Cari pasal namanya tu.. “
” Kalau tokti yang cakap macam ni, memang afwa diam terus haha.. The original mak-mak melayu, nasib tak kena hempuk.. “
Original mak-mak memang begitu lah gayanya. Boleh bertukar menjadi ‘singa jadian’ dek kerana anak perangai suka menyakat sebegini. Mujur tidak kena hempuk dengan Makcik Petir. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Farez Adnan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

