Artis / Selebriti
” Kalau BASS jadi vitamin acik, trio mut ni jadi antibiotik dan supplement untuk acik.. ” – Komen Netizen

Video Hadie dan Ammar membuat surprise hadir ke konti radio ketika Oddah sedang bersiaran buat warganet terhibur. Akrab betul trio ma ut TTMM ni. Comel part Oddah suap Hadie biskut tu, sweet sangat..
Kerana Talk To My Manager, mereka bertemu dan sehingga ke hari ini, 3 anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai trio ma ut ini masih rapat. Hadie Elfardie, Ammar Haikal dan Oddah adalah trio TTMM yang menjadi sebutan ramai peminat program realiti TV itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM dan tiktok Abouttyouu, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Hadie dan Ammar membuat kejutan untuk Oddah. Pada ketika itu, Oddah sedang ke udara bersama penyampai Shasha untuk segment petang Era.
Oddah tidak mengetahui Ammar dan Hadie akan datang ke konti Era sebagai tetamu. Mereka juga berjaya prank Oddah kerana sebelum ini Oddah ada bertanyakan ke mana mereka berdua ingin pergi. Seronok melihat wajah gembira Oddah apabila Ammar dan Hadie muncul di pintu konti.
Turut dipaparkan gelagat mereka bertiga ketika sedang makan di luar konti. Mama Oddah, Sharifah Shahira yang bertugas di Sinar FM juga turut menjenguk anaknya ini. Sweet melihat Oddah menyuap biskut kepada Hadie. Macam-macam perangai, sudah seperti adik beradik Oddah, Hadie dan Ammar.
Jom tonton video di bawah :
@abouttyouu_.0 wlupun ia cuma sebatas kawan , semoga mereka kekal selamanya 🥹 [@Odda🩷🔥 &@ADI?] #talktomymanager #foryou #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #oddie #fyppp
@bungaa_kertas Apo sweet sgt ni 🫠🫠… kemain ekkk bersuap2 depan mak. Share air..Mujur la mak odah sporting. 🤗 Huru hara konti era bile ade Trio mut tantrum ni. Masing2 tak reti duk diam😂 @ADI? @ammarlaaa._ @Odda🩷🔥 #ttmm #hadie #ammar #odah
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rasanya oda ni boleh dbimbing, nmpk tu Hadie minum duduk dia pun ikut sama. Kwn elok2 ye korang bertiga.. “
” Saya pun tengok tadi. adi duduk dia pun duduk. dah laa makan minum kongsi. arghhhh comel.. blushing teroks la tngok Hadie odda hri ni kat era.. “
” Sharifah Shahirah pon sporting orgnye.. sempoi.. tau anknya hati baik ngn kawan-kawan dia. semua mcm adik beradik.. mcm adik beradik dh trio Mut ni.. comel sgt.. “
” Ni masa remaja dorang.. biar la.. mak ayah dorg pn ok yg makcik2 fb jngn lebih2.. dorg remaja bukan buat benda x elok.. dorg tengah enjoy masa friendship waktu zaman remaja.. makcik2 macamla x pernh remaja ekk.. “
” Share cookies dah, share air dah. mana tau lepas ni share pelaminan.. ehh.. Odda ni baik sebenarnya. Tak memilih kawan.. pling best oddah ckp hadie dh solat.. hadie pesan kat oddah jga solat ,jga diri n jga adap.. mesti ikhlas dgn Oddah.. Amar pun dia syg.. “
” Kalau BASS jadi vitamin acik.. trio mut ni jd antibiotik/supliment utk acik.. Kalau Oddah dengan hadi macam mak dia dengan papa oddah la.. sorang kecoh, sorang cool je.. mencari kawan yg baik itu yg dituntut kan…ajak kawan ke arah kebaikan ye anak².. “
” Suka vibes odah, org mcm dia, sikap loving nya nampak.. suka tgk diaorang ber3 ni.. moga persahabatan mereka berkekalan selamanya.. amin2.. “
” Hadi ni anak yg baik didikan Dr mak ayah semoga kekal sampai bila2. tk nmpk pun dia sentuh tgn Odda kan.. dia jaga batas.. eh asal aku yang senyum senyum ni.. “
Seronok warganet melihat keakraban antara Oddah, Hadie dan Ammar itu. Trio yang bertemu di satu program yang sama dan diharapkan agar persahabatan mereka ini berkekalan sampai ke tua. Selamat maju jaya Oddah, Hadie dan Ammar, semoga semuanya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era. Tiktok abouttyouuuu, TT Triomutt
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alhamdulillah, setiap detik dalam hidup ini ialah Anugerah yang patut kita syukuri.. ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dulu saya ingat saya seorang je lah ada perangai.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Macam ni lah jawapan lelaki gentleman, baru la anak jantan. YB sangat melindungi Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Susah nak tengok Hadie marah. Bila ada yang mengutuk Sallman, terus keluar perangai garang Hadie.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Meremang bulu roma dengar dua orang ni menyanyi. Saling melengkapi, perfect combination.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Nyanyi lagu Cicak pun sedap. Tak boleh tahan gelak tengok mata Afwa, kelakar sangat.. ” – Komen Netizen