Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau aku jadi Tokti, dah berdekah gelak dekat situ, haha.. ” – Komen Netizen

Video reaksi Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang terkejut ketika mendengar suara peminat menjerit menyanyi dari bawah stage Konsert Beraya Dengan Saya buat ramai terhibur. Fuh kus semangat, lain macam betul dia menyanyi. Mana lah Tokti tak terkejut, lawak sangat. Haha.. 

Dato’ Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarahnya tersendiri apabila mengadakan konsert yang bertemakan lagu raya sahaja. Tidak pernah dibuat oleh penyanyi lain, sambutan yang diberikan oleh peminat biduanita ini sangat mengagumkan dan rata-ratanya enjoy sepanjang konsert tersebut.

Banyak sorotan menarik yang terjadi di Pentas Ekslusif Aidilfitri ‘ Beraya Dengan Saya ‘ di Zepp Kuala Lumpur semalam. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ohbulan, telah dikongsikan salah satu kejadian yang mencuit hati ketika DS Siti sedang menyampaikan lagu Nazam Lebaran.

Lagu ini antara lagu kegemaran ramai dan menjadi lagu berhantu setiap kali hari raya. Ketika DS Siti sedang menyanyi, DS Siti menyedari satu suara nyanyian daripada salah seorang penonton di hadapannya. Reaksi wajah DS Siti yang terkejut jelas kelihatan.

Penonton ini mungkin terlalu teruja dapat mendengar DS Siti menyanyi secara berhadapan dan dia turut turut menyanyi bersama, namun dengan nada menjerit. Muka comel DS Siti terkejut itu mencuit hati warganet. Seram sungguh jeritannya itu seolah-olah menghadiri konsert rock pula.

Jom tonton video di bawah :

@ohbulanofficial

Sampai macam tu sekali ye reaction Tokti hahahaha 🤣 mana taknya semangat betul fans dia nyanyi Kredit Video: syfuelhady #ohbulan #tokti #terkejut P/s: Video ini bukan milik OhBulan! dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. Jika anda ingin kami menurunkan video tersebut, sila hantarkan DM kepada kami dengan segera. Terima kasih!

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Bukan Tokti je yang terperanjat, aku pun terkejut haha.. Balik rumah confirm 3 hari tak bercakap sakit tekak haha.. “

” Makk oiii.. rasanya bukan sy sorg ja ulang2 tgk.. pastu gelak tak boleh stop haha.. Ini bukan konsert rock dik haha.. “

” Reaction tok ti kelakar.. aku asyik ulang² je nie.. menekan nekan suara pun haha.. terkejut kita tau.. tu nyanyi ke jerit sis, excited sangat eh.. “

” Dia punya dendang, sampai shock tokti haha.. tu menyanyi ke marah eh.. ulang ulang tengok muka tokti terkejut… nasib tok ti masih ingat lirik lagi.. kalo x .. haha.. “

” Ya Allah… berdekah2 aq gelak tengok tokti reaction + kuatnya she sang the song… x tau la brp kali i repeat…. Tq sis makes my day.. “

” Kalau aku jadi tokti dh berdekah gelak kat situ haha.. adihhhhhh sakit peyut aku gelak, terkejut tok t dgr wehhh, ekspresi muka tokti tu yg kelakar.. “

” Geram sangat tu bunyinya haha.. ulang ulang tengok benda ni, apa lah lawak sangat.. ulang banyak kali tgk muka tokti betul terkejut haha.. “

Siapa sahaja yang tidak terkejut mendengar suara jeritan seperti itu. Nasib baik lah DS Siti masih mampu mengawal diri, jika orang lain tentu sudah ketawa besar di atas pentas. Apa khabar agaknya peminat yang bersuara rock ini. Sihat kah tekak anda hari ini, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Ohbulan, Tiktok Sitizoner   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak