Artis / Selebriti
” Kalau 1 hari nanti Talita nyanyi lagu ni di pentas, satu Malaysia akan menangis.. ” – Komen Netizen
Video anak perempuan Shuib Sepahtu, Talita menyanyi lagu Kesetiaan dan Masing-Masing buat warganet tersentuh. Nyanyian yang begitu menyentuh hati. Suara sebijik sama macam arwah Siti Sarah. Lebih sayu bila tengok muka Shuib di sebelah masa Talita tengah menyanyi..
Bagi yang mengikuti perkembangan Shuib Sepahtu, pasti selalu mendengar anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra menyanyi. Talita sememangnya suka menyanyi dan lagu kegemarannya adalah lagu hits arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin berjudul Kesetiaan.
Meninjau entry di akaun Tiktok Mawar berduri668801 dan ciknonn90, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian terbaru Talita. Jika sebelum ini Talita menyanyi ditemani mummynya, Watie Hanifiah, kali ini giliran Shuib pula mendengar nyanyian anak daranya itu.
Kelunakan suara Talita sangat persis dengan suara Siti Sarah. Lenggoknya dan tone suara juga sama seperti ibu. Shuib khusyuk mendengar Talita menyanyi sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Tersenyum Shuib kerana Talita mewarisi bakat seni Siti Sarah. Talita juga turut menyanyikan lagu Ernie Zakri, Masing-Masing.

Walaupun seronok warganet mendengar nyanyian Talita, ada juga di kalangan warganet yang sebak kerana teringatkan suara arwah Siti Sarah. Walaupun Siti Sarah telah pergi menemui Pencipta-Nya, namun suaranya dapat didengar dalam diri Talita, sedikit sebanyak dapat mengubat rindu peminat kepada Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mawarberduri668801
@ciknon90 Suara sama macam arwah siti sarah 🥹 Sedappp #assalamualaikum #shuibsepahtu #masingmasing
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau ibu dia masih ada, mesti ibu paling happy dan bangga anaknya ikut dia.. Alfatihah arwah Siti Sarah.. “
” Seiras suara arwah ibu mu AL Fatihah to my love arwah Siti Sarah Raisuddin.. rindu suara Siti Sarah.. “
” Kenapa aku yang menangis ni.. macam suara ibu mu Talita.. Al fatihah buat Siti Sarah.. boleh pergi jauh macam ibu mu.. belajar dan terus belajar ye dekta.. “
” Power lah anak arwah Siti Sarah. Kalau ibu ada mesti seronok kan.. mesti ibu bangga tengok anaknya macam ni.. “
” Kalau 1 hari nanti talita nyanyi lagu ni di pentas….. 1 malaysia akan menangis.. Suara sedap, kalau latih lagi mesti sama macam nada suara arwah.. “
” Ada sengau arwah ibu dia sedap tone dia.. seiras suara arwah ibu mu. Dia yang nyanyi aku yang sebak wei.. Alfatihah buat Siti Sarah.. “
” Talita nyanyi, acik lak yang sebak.. tiba-tiba air mata jatuh dengar dia nyanyi… sebiji macam ibu dia suara.. terbaik dik.. moga sihat bersama family.. “
Semakin hari semakin banyak improvement dalam vokal Talita. Tidak mustahil Talita boleh menjadi sehebat arwah ibunya jika bakat yang ada terus digilap. Apa-apa pun, nyanyian yang terbaik dan menyentuh hati daripada Talita untuk semua yang menonton video ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mawarberduri668801, IG Sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Namie punya statement kaw kaw, sampai blushing YB. Berpeluh dah YB tu kena tanya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

