Artis / Selebriti
” Kak Iti, jangan aneh-aneh Kak Iti. Kak Iti buat apa kat sini, saya tak jual barang.. ” – Hael Husaini
Video Hael Husaini terkejut dan teruja DS Siti Nurhaliza masuk live buat ramai terhibur. Amboi melambung-lambung Hael puji Kak Iti dia. Part Hael offer Tokti beli tisu untuk sagat muka orang yang Tokti tak suka tu lawak, haha..
Meninjau di akaun Tiktok milik monalizajantan, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi, Hael Husaini sedang membuat live di akaun TikTok miliknya. Menerusi video itu, Hael terkejut apabila penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut menonton video livenya.
Hael berseloroh dengan berkata kepada DS Siti yang dia tidak menjual apa-apa barang untuk DS Siti membeli. Hael seolah-olah tidak menyangka DS Siti muncul dalam livenya dan sempat memuji DS Siti dengan memberikan pelbagai kata-kata pujian mengenai keperibadian DS Siti.
Video kedua pula memaparkan Hael menyakat DS Siti dengan berseloroh mahu menjual tisu gulung kepada DS Siti. Kata Hael, tisu yang dijualnya itu boleh mendiamkan orang yang suka mengata DS Siti. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan terhibur dengan telatah Hael yang begitu teruja saat DS Siti menonton video livenya. Sehingga kini, video tersebut telah ditonton puluhan ribu tontonan dan menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis. Alahai, kelakar betul Hael ni.
Tonton video di bawah ini :
@monalizajantan Tokti Masuk LIVE Hael & Hael Puji Tokti #haelhusaini #datositinurhaliza #artismalaysia #trending #fyppppppppppppppppppppppp cr live: @Hael Husaini
@monalizajantan Hael jual tisu pun Tokti nak beli🤭🤣 #haelhusaini #datositinurhaliza #artismalaysia #trending #fyppppppppppppppppppppppp cr live: @Hael Husaini
Di ruangan komen, ada yang terhibur dan suka dengan video live Hael ini serta memberikan emoji ketawa. Antara komen tersebut adalah :
” Bersungguh betul si Hael ni puji Tokti.. Semua org dh taw tokti suka shopping kt tt, hahaa.. Hamboihhh.. Melambung puji pujian.. “
Siapa yang tak teruja apabila penyanyi dan juga Biduanita negara masuk video live dan bagi gifts. Seronok betul Hael apabila DS Siti ada dalam live. Sekadar info, Hael dan DS Siti memang rapat kerana mereka banyak bekerjasama sebelum ini. Hael juga memanggil DS Siti dengan panggilan ‘Kak Iti’ .

Beberapa hari lalu, Hael juga turut bergandingan bersama DS Siti di konsert DS Siti di Singapura. Ketika berada di atas pentas, sempat DS Siti menyakat Hael dengan bertanyakan soalan bilakah Hael akan berkahwin. DS Siti turut menawarkan untuk menyanyi secara percuma di majlis perkahwinan Hael nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok monalizajantan, IG ctdk, haelhusaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

